NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gangguan bekalan air di 472 kawasan pulih sepenuhnya


KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual di 472 kawasan membabitkan lima wilayah Air Selangor susulan pemberhentian tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi, semalam, sudah pulih sepenuhnya jam 8 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Beliau berkata, pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui semua medium komunikasi rasmi Air Selangor, iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang: www.airselangor.com.

"Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor melalui talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pemberhentian tugas sementara LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.

Ia berikutan insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Lokasi terjejas meliputi 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27). – BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo