NOTIS:

Belum ada lagi....

Elon Musk bakal menjadi CEO sementara Twitter selepas pengambil-alihan


Elon Musk telah menyatakan bakal mengambil-alih Twitter pada nilai $44 bilion, dan kini dalam proses menghimpunkan dana untuk tujuan berkenaan.

Beberapa pelabur pun menyertai Elon Musk dalam mengambil-alih Twitter, termasuk pengasas Oracle dan beberapa pelabur lain.

Menariknya juga, kini hadir desas-desus awal, mengatakan Elon Musk turut akan menjadi CEO sementara untuk Twitter beberapa bulan selepas proses mengambil-alih selesai.

Buat masa ini, masa depan Twitter menjadi tanda tanya pelbagai pihak – termasuk apakah visi jangka masa panjang untuk Twitter, dan beberapa perkara lain. Mungkin kita akan mendapat jawapan sepenuhnya selepas pengambil-alihan ini selesai sepenuhnya oleh Elon Musk.

Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo