NOTIS:

Belum ada lagi....

Elak muflis di akhirat, Jangan aib seseorang kerana berbeza pendapat

0


Ketika sibuk kita berhari raya, Malaysia digemparkan dengan satu video di dalam kelab malam, kelihatan pelakunya mirip Dr Afifi Al-Akiti, seorang pensyarah Islam di Universiti Oxford (mohon maaf kalau silap) yang sengaja disebarkan oleh seorang yang bernama Zaharin Mohd Yasin.

Di fahamkan beliau adalah seorang Ketua Bahagian Umno di Kuala Lumpur (kalau silap mohon maaf).

Apakah motif penyebaran video salah seorang yang terkenal di Malaysia, Dr Afifi Al-Akiti tidaklah kita ketahui.

Yang kita tahu beliau adalah anak Melayu pertama menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Beliau juga agak rapat dengan raja-raja terutama Raja Perak. Dengarnya beliau orang kaya Perak (ala-ala kerabat jugak).

Umumnya, penulis melihat ia ada kaitan dengan isu Tarikat beliau yang telah dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia setelah bertahun lamanya diharamkan.

Apa sekalipun motif, kita sebagai umat Islam perlu tabayyun. Ini adalah arahan Allah dan Rasulullah supaya kita tidak menjadi muflis di akhirat nanti.

Untuk berlaku adil, mari kita buat perbandingan antara video dan gambar-gambar Dr Afifi Al-Akiti yang bertaburan di media sosial.

Gambar 1:

Cincin yang dipakai oleh Dr Afifi Al-Akiti, nampaknya memang benar serupa dengan gambar-gambar yang lain. Cincin tersebut diletakkan di jari manis beliau sebelah kiri.

Kita lihat ya benar serupa tempat diletakkan cincin tersebut dan kelihatan cincin tersebut sungguh sama dengan gambar-gambar lain Dr Afifi Al-Akiti.

Gambar 2:

Bahagian telinga agak tidak sama dengan gambar-gambar Dr Afifi Al-Akiti di media sosial yang lain. Ruas berdekatan cuping orang yang dalam video tersebut terlalu lurus ke bawah dan berbeza dengan gambar telinga Dr Afifi Al-Akiti di media sosial yang melencong sedikit.

Malah, telinga ‘orang’ dalam video itu agak kecil berbanding saiz telinga Dr Afifi Al-Akiti di media sosial. Maka, di bahagian telinga agak besar perbezaannya.

Gambar 3:

Bahagian ‘sideburn’ atau Melayu panggil ‘sekben’. Kelihatan ‘orang’ dalam video tersebut mempunyai ‘sideburn’ yang agak besar berbanding Dr Afifi yang mempunyai ‘sideburn’ yang agak runcing dan kecil.

Bahagian ini agak besar perbezaannya. Kalau orang yang mahu menyamar sekalipun, bahagian ini agak sukar diubah dalam masa singkat.

Gambar 4:

Bahagian hidung orang dalam video adalah sedikit pendek (tidak mancung) dan boleh nampak lubang, gambar dari sebelah kiri Dr Afifi Al-Akiti daripada gambar yang bertebaran di media sosial jika dilihat daripada tepi agak mancung dan agak sukar melihat lubang hidungnya jika dilihat daripada tepi.

Tetapi agak sukar ditentukan kerana mungkin gambar hidung dilihat daripada bawah. Namun, jika digabungkan antara dua gambar ini, kita melihat gambar ‘orang’ dalam video tersebut sedikit pendek daripada gambar yang bertebaran di media sosial.

Oleh itu sebagai penyelidik bebas, kita mencadangkan bahawa tiga berbalas satu jika kita mahu mengaitkan video tersebut dengan gambar Dr Afifi Al-Akiti.

Tiga bahagian tidak sama dan satu bahagian sama. Lagi satu, kita melihat dalam video tersebut, ‘orang’ tersebut agak muda berbanding video dan gambar Dr Afifi Al-Akiti yang sekarang kelihatan agak tua dan berkedut.

Apa kata anda pula? Tabayyun dulu. Kita tidak mahu ahli politik ini terus dengan politik menjatuhkan maruah.

Sampai bila Malaysia nak main hendap aib orang dan malukan? Ini politik bangsat namanya. Lawanlah idea atau fikrah bukan aib sana aib sini. Kalau fitnah naya pahala puasa kita habis begitu sahaja.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo