NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dengar bunyi tangisan, lelaki jumpa bayi masih hidup dalam plastik


PETALING JAYA:
Bayi lelaki cukup sifat masih hidup ditemui dalam plastik hitam di belakang sebuah rumah di Taman Puchong Indah, Puchong, malam tadi.

Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui seorang lelaki pada 9.24 malam.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Mohd Fairus Jaafar, berkata lelaki terbabit memaklumkan menemui bayi itu selepas mendengar bunyi tangisan di kawasan belakang rumah teres berkenaan.

“Bayi yang masih hidup itu dibungkus dengan plastik hitam dalam keadaan terbuka. Saksi kemudian menghubungi polis untuk bantuan.

“Sepasukan polis ke lokasi dan mendapati bayi dalam keadaan berlumuran darah bersama uri serta bertali pusat. Kawasan kejadian pula didapati gelap serta bersemak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Pemeriksaan menganggarkan bayi itu dipercayai dilahirkan ketika usia kandungan antara 38 hingga 40 minggu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuangnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nor Adilah Rosli di talian 016 6873616 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, 03 56210343,” katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo