NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bobie Farid dilantik CEO sementara Perak FC

Bobie Farid Shamsudin.

Perak FC hari ini mengumumkan pelantikan Bobie Farid Shamsudin sebagai CEO sementara kelab itu berkuatkuasa serta-merta.

IPOH: Bobie Farid Shamsudin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Perak FC, berkuatkuasa serta-merta. 

Anak syarikat XOX Berhad, XOX Pro Sport Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata pelantikan CEO One XOX Sdn Bhd itu adalah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Perak FC untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana musim ini yang masih berbaki sembilan perlawanan. 

Katanya, Bobie yang juga Prinsipal Pasukan The Komanz Kru Racing Team (TKKR), akan dibantu Mohd Badrol Izman Osman sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) sementara.

"Perak FC berharap dapat merebut peluang jendela perpindahan untuk mendaftar dan menandatangani pemain baharu ke kelab ini dalam usaha bantu memperkasakannya.

"Pasukan ini perlu memenangi perlawanan seterusnya untuk mengembalikan jumlah mata mereka ke paras sifar," kata kenyataan berkenaan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Perak FC kini giat berusaha bagi menandatangani sekurang-kurangnya 14 pemain untuk beraksi dalam skuad sekarang.

Perak FC akan menentang Kelantan United FC dalam perlawanan di gelanggang lawan pada 25 Jun ini.


Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo