NOTIS:

Belum ada lagi....

As-Sajdah : Jasad bercahaya ketika mati

0
[JASAD BERCAHAYA KETIKA MATI]

Surah As-Sajdah (سورة السجدة) adalah surah ke-32 dalam Al Qur'an, kitab suci agama Islam. Surah ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Al-Mukminun.

Dinamakan As-Sajdah berhubung pada surah ini terdapat ayat sajdah (sujud), iaitu ayat yang kelima belas. Sajdah iaitu ayat yang disunatkan sujud tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain itu ditegaskan dasar tauhid dalil-dalil yang membuktikan keesaan ALLAH, di samping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Terdapat beberapa Hadis RASULULLAH SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini :

1. BAGINDA SAW tidak akan tidur sehingga BAGINDA membaca Surah As-sajdah dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang solat pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Masya ALLAH....
Terlalu banyak kebaikan yang ALLAH SWT sediakan untuk kita yang berusaha untuk istiqomah membaca Surah As-Sajdah ini.

Semoga kita adalah antara hamba-hambaNYA yang terpilih mengamalkan Surah ini sepanjang hidup kita.

Amiin...

(Ustaz Irwan Zahuri)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo