NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

99.3% Rangkaian 3G telah ditutup di Malaysia, baki akan ditutup menjelang Disember 2022


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini berkongsi mengatakan hampir 86.6% daripada 1.8 juta pelanggan 3G telah pun beralih ke rangkaian 4G setakat ini, dan bakinya telah dimaklumkan berkenaan dengan penamatan rangkaian – tetapi tiada langkah seterusnya oleh pihak pelanggan.

Selari dengannya juga, SKMM mengatakan sebanyak 99.3% rangkaian 3G telah pun ditamatkan sehingga penghujung suku pertama 2022 lepas.

Buat masa ini, sekitar 0.7% rangkaian masih beroperasi, dan terletak di kawasan pedalaman. SKMM mengatakan ia akan beroperasi, dan ditutup menjelang Disember 2022 kelak.

Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo