NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wajib imbas kod QR sebelum masuk bazar Ramadan


KUALA NERUS: Pengunjung bazar Ramadan wajib melakukan imbasan kod QR yang disediakan di semua 59 lokasi sebelum melakukan pembelian di bazar berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong, berkata imbasan kod itu perlu bagi memudahkan pihaknya memantau pergerakan keluar masuk pengunjung di setiap bazar yang beroperasi di negeri ini sepanjang Ramadan kali ini.

Katanya, walaupun negara sudah beralih ke fasa endemik, pengunjung disarankan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial.

"Dari segi penjarakan (sosial) mungkin agak sukar untuk dikawal, tetapi dari segi pemakaian pelitup muka, ia usaha mencegah daripada dijangkiti wabak berkenaan," katanya selepas perasmian Kempen Nafas Baharu Bermula Ramadan dan Pelancaran Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu Dr Alias Razak, di sini, hari ini.

Katanya, bagi memastikan pengunjung mematuhi SOP ditetapkan, seramai 342 anggota penguat kuasa Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan JKNT akan melakukan pemantauan secara berkala di semua bazar Ramadan.

Beliau berkata, anggota penguat kuasa itu akan dibahagikan kepada 130 pasukan operasi bagi memastikan semua 9,666 pengendali makanan di bazar Ramadan mematuhi peraturan ditetapkan.

"Selain memantau pematuhan SOP, pasukan penguat kuasa juga akan melakukan pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan makanan dijual di 4,938 gerai bagi memastikan makanan selamat untuk pengguna.

"Kita tidak mahu ada kejadian membabitkan keracunan makanan pada Ramadan tahun ini seperti yang pernah berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo...........
 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo