NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak perlu tambah ke buku alamat, WhatsApp kini memudahkan anda bermesej dengan Nombor Baru


Sebelum ini, sekiranya anda ingin menghantar mesej ke sesuatu nombor, anda perlu menambah nombor berkenaan ke buku alamat, dan seterusnya baru boleh menghantar mesej.

Perkara ini mungkin tidak diminati ramai. Mengatasinya, kini WhatsApp mula memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan anda menghantar mesej ke sesuatu nombor yang dikongsikan melalui WhatsApp, tanpa perlu menambah ia ke buku alamat terlebih dahulu.

Sebaik sahaja anda tap pada sesuatu mesej, ia akan menyemak sama ada nombor berkenaaan berdaftar dengan WhatsApp atau tidak. Sekiranya berdaftar, anda boleh menghantar mesej terus.

Tetapi sekiranya sebaliknya, pengguna hanya diberikan pilihan membuat panggilan atau tambah ke buku alamat sahaja.

Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, bermula daripada pengguna WhatsApp Beta.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo