NOTIS:

Belum ada lagi....

Siapa kata Umno pasti kembali terajui k'jaan lepas PRU15?


Ada semacam rasa kecewa dan putus harapan dalam kalangan sesetengah pemimpin serta penyokong pembangkang, dan juga rakyat Malaysia.

Ia seolah-olah menanti takdir yakni Umno - yang masih tidak berubah dan tidak pernah bermuhasabah - dikatakan akan menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Umno yang diterajui 'kluster mahkamah' pimpinan Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi gigih menyusun langkah mengikut agenda mereka yang tersendiri.

Kluster itu berjaya menetapkan langkah dan agenda mereka sebaik sahaja Umno-BN kalah dalam PRU ke-14. Parti itu sepatutnya sedar diri dan cuba berubah menjadi lebih baik, namun dalam pemilihan parti pada Jun 2018, mereka dengan bangganya mengekalkan Ahmad Zahid sebagai presiden walaupun menghadapi pelbagai tuduhan korupsi di mahkamah.

Umno kemudian bersekongkol dengan PAS pada Okt 2018 untuk menjadi wira kaum melalui program bantahan besar-besaran menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Dis 2018.

Kedua-dua parti terbabit selepas itu mengikat tali persahabatan melalui Muafakat Nasional pada Okt 2019.

Umno dan PAS terus mengapi-apikan isu kaum dengan strategi serampang dua mata untuk memecahbelahkan rakyat: menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai DAP sebagai ancaman kepada Islam, dan menghasut kaum bukan Melayu bahawa identiti serta cara hidup mereka terancam di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Peluang semakin cerah

Pendekatan 'bumi hangus' itu berjaya apabila kerajaan PH akhirnya dijatuhkan pada Feb 2020 melalui rampasan kuasa Sheraton yang didalangi Umno dan disambut beberapa pemimpin khianat dari PH.

Setelah itu, 'kluster mahkamah' berkonspirasi pula untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin yang mewakili Bersatu pada Ogos 2021 untuk membolehkan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

Keghairahan kluster itu semakin menjadi-jadi apabila mereka berjaya memaksa pilihan raya negeri mengejut diadakan di Melaka dan Johor yang membolehkan BN menang besar di sebalik peratus keluar mengundi rendah, ketidakpedulian pengundi dan kekecewaan dalam kalangan penyokong PH sendiri.

Tipu muslihat 'kluster mahkamah' memang berkesan. Seperti yang dapat dilihat dalam usaha mereka menjatuhkan Muhyiddin, kekuatan mereka hanyalah seramai 15 ahli parlimen sahaja.

Tetapi dengan hanya 7 peratus daripada 222 ahli parlimen yang ada, mereka berjaya melakukan konspirasi politik melalui manipulasi sentimen dan kelemahan-kelemahan saingan mereka, sama ada daripada PH atau parti-parti bukan BN.

Kini, peluang 'kluster mahkamah' untuk mengelakkan penjara atas pelbagai tuduhan korupsi semakin cerah. Mereka terus menekan dan memaksa pucuk pimpinan kerajaan untuk mengadakan PRU dalam masa beberapa bulan ini.

Cakap-cakap yang sering didengar ialah PRU mungkin diadakan selepas berakhirnya tempoh memorandum persefahaman (MoU) di antara Ismail Sabri dan PH iaitu pada 31 Julai ini.

Untuk rekod, tempoh rasmi untuk pembubaran parlimen secara automatik ialah pada 16 Julai 2023.

Jika PRU diadakan pada Ogos atau Sept tahun ini, yang paling beruntung ialah Ahmad Zahid dan Najib. Ahmad Zahid sebagai presiden Umno berhak menentukan calon-calon parti. Justeru tiada siapa berani menentang keputusannya.

Najib dan Zahid memang amat berharap Umno-BN akan menang besar, dan dengan kembalinya kerajaan BN, mereka mungkin bebas daripada kemungkinan disumbat ke dalam penjara.

Sesuatu yang perlu difikirkan

Skrip politik mereka jelas dan mudah dibaca. Namun, masih ramai antara kita yang menari mengikut rentak gendang mereka ketika kita masih rasa kecewa, kekosongan dan putus harapan.

Masih ramai yang menyangka tiada siapa mampu menyekat PRU mengejut yang sedang direncanakan oleh 16 Julai 2023 itu. Ismail Sabri pula dilihat sebagai pemimpin lemah yang hanya mengikut telunjuk pucuk pimpinan partinya.

Ramai juga yang menjangka Umno akan menang selesa dalam PRU akan datang. Malah ada juga kalangan dalam PH yang seperti sudah mengaku kalah apabila yakin bahawa Umno-BN bukan sahaja akan menang PRU ke-15 malah pada PRU ke-16.

Kepada rakyat Malaysia yang tidak mahu melihat 16 Julai 2023 kembali berkuasa untuk menjahanamkan negara, ini ada beberapa perkara untuk kita fikirkan bersama.

Pertama, kita tidak perlu tunduk kepada tekanan 16 Julai 2023 untuk mengadakan PRU awal semata-mata bagi membolehkan mereka bebas daripada hukuman jenayah. Semua watak utama politik dan pengundi perlu mencari jalan untuk menggagalkan konspirasi kluster terbabit.

Kedua, semua watak utama politik perlu mencapai kata sepakat untuk memastikan apa yang dimaksudkan dengan amalan adil dari segi perundangan dan pentadbiran.

Ini bermakna kita perlu menerima hakikat bahawa buat masa ini tiada siapa mempunyai kuasa besar untuk mendominasi yang lain.

Sebagai contoh, saingan utama Umno dalam kerajaan - iaitu Bersatu - kini memegang kuasa di Kementerian Dalam Negeri. Maksudnya, walaupun 'kluster mahkamah' berangan-angan untuk kembali berkuasa seperti pada era pra-2008, Umno sudah tidak lagi menguasai mekanisme dan jentera kerajaan seperti dahulu.

Jadi, pilihan raya yang adil dan bersih kini bukan lagi impian untuk pembangkang sahaja malahan menjadi agenda untuk semua parti termasuk Bersatu, PAS, GPS, GRS dan lain-lain.

Tak sekadar akta antilompat parti

Maksudnya, politik adalah sesuatu yang sentiasa berubah-ubah. Sama ada kita suka atau tidak, itulah hakikatnya.

Menyedari masalah yang berlaku sebelum ini, kita tidak akan ke mana jika terlalu ghairah menumpukan masa dan tenaga untuk berdebat sama ada PH perlu bekerjasama dengan PN apabila PRU boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang lebih penting sekarang ialah semua wadah politik yang menentang 'kluster mahkamah' termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang tidak mahu Najib dan Ahmad Zahid kembali berkuasa, perlu mencari jalan untuk mewujudkan satu peraturan demokratik yang dapat diterima bersama.

Ini bermaksud tatacara demokratik ini akan dipegang dengan penuh kejujuran oleh semua pihak, tanpa mengira apa-apa perubahan politik, bagi memastikan wujudnya pilihan raya yang bersih dan adil, serta satu proses yang adil dalam menubuhkan kerajaan pada malam keputusan PRU jika tiada parti memiliki majoriti mutlak.

Salah satu caranya ialah menggubal Akta AntiLompat Parti, namun ia tidak boleh terhenti setakat itu sahaja. Ia mesti dipertahankan dengan sistem yang lebih kukuh bagi memastikan demokrasi tidak diketepikan dalam proses pilihan raya dan penubuhan kerajaan.

Semua peraturan ini akan memberi faedah kepada semua termasuk Ismail Sabri yang sudah menjadi ‘poster boy’ Umno walaupun tiada jaminan dia akan kekal sebagai perdana menteri selepas PRU ke-15.

Semua parti yang menentang 'kluster mahkamah' patut berbincang tentang bagaimana mengguna pakai masa yang ada sekarang untuk menetapkan peraturan bagi membolehkan PRU bersih dan adil diadakan serta pelantikan kerajaan yang sah terlaksana.

Usaha ini jauh lebih baik daripada berebut kerusi untuk ditandingi dalam PRU ke-15.

Malah, bukan sahaja parti yang perlu membincangan hal ini. Setiap warga Malaysia yang menolak 'kluster mahkamah' perlu bercakap tentang perkara ini bagi memastikan satu agenda bersama untuk mengukuhkan demokrasi Malaysia boleh diwujudkan.

Ketiga, siapa kata Umno akan kembali menerajui kerajaan selepas PRU ke-15?

Tak mampu jadi ‘abang besar’

PRN Melaka dan Johor hanya mengesahkan apa yang kita semua sudah tahu. Umno-BN mempunyai sokongan tetap sekitar 40 peratus dalam kalangan pengundi.

Ia sama dengan sokongan yang mereka perolehi pada PRU 2018 tetapi sudah tiada lagi sambutan hebat yang mereka terima pada dekad-dekad sebelum ini.

Pada PRU ke-14, Umno hanya menang 47 kerusi parlimen di Semenanjung dan tujuh di Sabah. Bermaksud secara keseluruhan Umno memenangi 54 kerusi di seluruh negara.

MCA pula hanya menang satu kerusi dan MIC dua.

Jika kita tumpukan kepada 165 kerusi di Semenanjung sahaja, Umno-BN hanya mendapat sokongan selesa di sekitar 70 kerusi.

PH menang 55 kerusi parlimen di Semenanjung selama tiga penggal berturut-turut (2008, 2013 dan 2018), dan bertambah 10 kerusi lagi pada 2013 dan 2018. Kesemua 65 kerusi ini dijangka kekal di tangan pembangkang.

Jika Umno-BN disekat pada tahap 70 kerusi sahaja di Semenanjung, tentulah ia tidak mampu untuk kembali menjadi 'abang besar' kepada mana-mana parti lain walaupun ia mungkin merupakan gabungan yang menduduki tempat teratas.

Malah, jika Umno-BN menang 85 kerusi sekalipun, tiada jaminan parti-parti yang menang di Sabah dan Sarawak mahu bekerjasama dengannya jika menyedari gabungan itu terlalu rapuh untuk kekal sebagai kerajaan.

Untuk rekod, BN yang menang 85 kerusi Semenanjung pada PRU 2008 dan 2013 berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan dengan sokongan kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak.

PH pula yang menang 80 kerusi Semenanjung pada 2018 dan 2013 telah meningkatkan kejayaannya dengan memenangi 98 kerusi Semenanjung pada 2018, dan berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Parti-parti yang menang di Sabah dan Sarawak tidak akan membabi buta menyokong 'kluster mahkamah' jika tuntutan mereka untuk lebih kuasa autonomi wilayah tidak dipedulikan.

BN pula tidak serius dalam soal autonomi tersebut kecuali dalam hal-hal simbolik sahaja.

Kita tidak perlu putus harapan. Selagi semua watak utama politik Malaysia sedar bahawa negara akan terus merudum jika 'kluster mahkamah' kembali berkuasa, kita masih ada harapan untuk mewujudkan peraturan demokratik yang lebih adil untuk semua.

Dengan kewujudan mekanisme ini, Umno di bawah pimpinan 'kluster mahkamah' yang masih degil, angkuh dan enggan berubah tidak akan dibenarkan untuk menentukan masa hadapan rakyat dan negara.

LIEW CHIN TONG
timbalan setiausaha agung DAP







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo