NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PLUS dan LPT keluarkan cadangan waktu perjalanan balik kampung, elak Kesesakkan



Lebuhraya PLUS dan juga Lebuhraya Pantai Timur kini telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk Hari Raya Aidilfitri 2022, dalam usaha mengurangkan kesesakkan di lebuhraya ketika orang ramai balik kampung dalam menyambut perayaan.

Untuk PLUS atau Lebuhraya Utara-Selatan, orang ramai diminta merancang untuk keluar sebelum 10 pagi untuk perjalanan keluar dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan juga Johor. Waktu ini dicadangkan untuk perjalanan antara 29 April sehingga 2 Mei 2022.

Untuk perjalanan kembali ke Lembah Klang, orang ramai dinasihatkan bergerak sebelum pukul 9 pagi antara 5 Mei hingga 9 Mei 2022.


Sementara untuk Lebuhraya Pantai Timur pula, perjalanan ke Pahang disarankan dilakukan antara 10 pagi ke 2 petang bermula 30 Mei ke 2 Mei 2022. Sementara untuk Kelantan dan Terengganu, perjalanan disarankan dilakukan antara 6 pagi ke 10 pagi, atau pada waktu petang, 5 petang ke 8 malam.

Untuk perjalanan pulang pula, orang ramai dinasihatkan untuk bergerak dari Pahang antara 6 pagi ke 10 pagi pada 7 Mei dan 8 Mei 2022. Sementara untuk ke Terengganu pula, orang ramai disarankan bergerak antara 8 pagi ke 11 pagi, atau 8 malam ke 10 malam. Bagi anda yang dari Kelantan ke Lembah Klang pula, disarankan antara 6 petang ke 8 malam, dan juga 10 malam ke 12 tengah malam.


Dengan jadual ini, ia dijangka akan dapat membantu mengurangkan kesesakkan di lebuhraya, sekaligus memastikan anda tiba di destinasi dengan selamat.

Sumber | Amanz



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo