NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penipuan melalui penyamaran sebagai rakan dan kenalan semakin meningkat di Malaysia


Polis Diraja Malaysia kini berkongsi berkenaan salah satu kaedah penipuan yang semakin meningkat, iaitu penipuan melalui penyamaran sebagai rakan atau kenalan melalui media sosial atau aplikasi permesejan WhatsApp dan Telegram.

Melaluinya, si penipu akan menyamar sebagai rakan, seterusnya menghubungi mangsa melalui WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya. Alasan digunakan untuk meminjam wang.

Pada 2021, sejumlah 778 kes telah dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM4.8 juta. Pada tiga tahun pertama 2022 sahaja, sejumlah 314 kes dicatatkan, dengan kerugian RM2.3 juta.

PDRM turut berkongsi mengatakan sejak awal 2022, sindiket ini melakukan penggodaman ke atas akaun Telegram milik mangsa dan menghubungu senarai rakan mangsa untuk meminjam wang.

Sebagai langkah pencegahan, PDRM meminta pengguna mengaktifkan ciri penetapan PIN pada akaun Telegram. Melaluinya, tahap keselamatan dapat dipertingkatkan.

Pada masa yang sama, orang raami dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan mesej pinjam wang yang diterima dari kenalan, terutama apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain. Lakukan semakan dengan menghubungi kenala tersebut bagi tujuan pengesahan.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo