NOTIS:

Belum ada lagi....

Aplikasi Twitter berhenti berfungsi pada iPhone 6

0

Aplikasi Twitter kini dilihat telah menghentikan sokongan untuk siri iPhone 6 – sekaligus membuatkan pengguna pada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus tidak lagi boleh menggunakan aplikasi media sosial berkenaan.

Hal ini adalah kerana aplikasi Twitter kini memerlukan sistem operasi paling minima iOS 14 untuk digunakan.

Apa pun, untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, Apple sendiri telah berhenti menawarkan kemaskini untuk telefon pintar berkenaan sejak 2019 yang lepas – dan menjadi kebiasaan untuk pembangun aplikasi turut berhenti menawarkan kemaskini untuknya selepas itu.

Bagi para pengguna kedua-dua model telefon berkenaan, anda masih boleh mengakses perkhidmatan berkenaan melalui penggunaan web – sehingga pelayar web berkaitan tidak disokong pada telefon pintar berkenaan.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo