NOTIS:

Belum ada lagi....

Melaka cadang bina terowong bawah tanah ke Dumai

0


MASJID TANAH:
Kerajaan negeri menunggu jawapan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk berbincang mengenai pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Melaka dan Dumai di Sumatera, Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri bercadang memajukan Pantai Telok Gong, di sini sebagai tapak permulaan pembinaan terowong itu dan berakhir di Dumai.

Beliau berkata, terowong sepanjang kira-kira 47.7 kilometer (km) itu tidak membabitkan kewangan kerajaan negeri, sebaliknya dibiayai sepenuhnya syarikat swasta yang berminat memajukannya.


"Kami masih menunggu maklum balas daripada pihak Presiden Indonesia, Bapa Jokowi dan setakat ini sudah ada syarikat swasta berminat untuk memajukannya.

"Cadangan projek itu bukan setakat menghubungkan Melaka dengan Dumai, sebaliknya Malaysia dengan Indonesia," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada 500 anggota komuniti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan berbuka puasa di Tanjung Bidara, malam tadi.

Ab Rauf menjelaskan, cadangan projek berkenaan adalah sebahagian rangkaian jalan darat dari Shanghai, China ke Indonesia melalui konsep 'One Belt One Road' yang dimajukan pihak dari China.

Katanya, jalan itu melalui Vietnam, Kemboja dan Thailand sebelum bersambung dengan Malaysia dan kerajaan Melaka bakal memajukan laluan sepanjang 22 km dari Simpang Ampat di Alor Gajah ke Telok Gong.

"Ia cadangan kerajaan negeri yang akan diambil inisiatifnya oleh syarikat swasta untuk dimasukkan dalam Pelan Dasar Fizikal Negara dan sedang dinilai Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo