NOTIS:

Belum ada lagi....

Kes baharu COVID-19 terus menurun


PUTRAJAYA: Kes baharu terus menunjukkan trend menurun tiga hari berturut-turut iaitu sebanyak 10,002 kes dilaporkan setakat semalam.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 9,904 kes penularan tempatan dengan 98 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 4,256, 469 individu sudah dijangkiti virus berkenaan di negara ini.

Negeri tertinggi yang melaporkan kes baharu adalah Selangor dengan pertambahan kes empat angka iaitu sebanyak 5,791 kes, ia diikuti Negeri Sembilan sebanyak 586 kes, Johor (489) dan Kuala Lumpur (481).

Selain itu ialah Pulau Pinang dengan pertambahan 414 kes, Perak (403), Kedah (338), Sarawak (328), Pahang (306), Terengganu (238), Sabah (140), Putrajaya (46) dan masing-masing 20 kes dilaporkan di Perlis dan Labuan.

Sehingga kini terdapat sebanyak 179,619 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 175,339 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selebihnya, sebanyak 3,622 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (422), Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan alat bantuan pernafasan (140) dan ICU serta tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (96).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah kes baharu yang dikesan semalam itu sebanyak 54.94 peratus atau 5,495 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori satu.

"Ia diikuti pesakit COVID-19 dalam kategori dua (4,418 kes), kategori empat (33 kes), kategori tiga (30 kes) dan kategori lima (26 kes).

Secara keseluruhannya, daripada 89 kes dalam kategori tiga hingga lima itu, sebanyak 60 kes membabitkan individu mempunyai komorbid.

"Selain itu sebanyak 51 kes adalah membabitkan pesakit COVID-19 berusia 60 tahun ke atas, sudah menerima dua dos vaksin (34 kes), tidak divaksin atau lengkap vaksin (31 kes) dan sudah menerima dos penggalak (24 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, jumlah kluster yang masih aktif di negara ini kekal pada 173 kluster kerana tiada pertambahan kluster baharu setakat semalam.

Sementara itu, mengenai kes kematian yang dilaporkan semalam, data dalam COVIDNOW menunjukkan sebanyak 28 kes korban direkodkan menjadikan sehingga kini sebanyak 35,127 kematian akibat jangkitan berkenaan. Angka korban yang dilaporkan itu termasuklah tujuh kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kes kematian tertinggi direkodkan di Perak dan Selangor iaitu masing-masing melaporkan enam kes, ia diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua) serta masing-masing satu kes di Kedah dan Sarawak.

Mengenai kes sembuh di negara ini, setakat semalam sebanyak 23,302 kes sembuh dilaporkan menjadikan sehingga kini sebanyak 4,041,723 kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo