NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gadis 19 tahun ditahan disyaki anjur judi online


BAU: Usianya baru 19 tahun, tetapi seorang remaja perempuan di sini dipercayai menjadi penganjur judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon, berkata suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di sebuah kedai makan di Siniawan, kira-kira jam 2.15 petang semalam.

"Polis turut merampas seunit telefon pintar dan sejumlah wang tunai daripada suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Poge berkata, remaja perempuan itu yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sabit kesalahan, katanya, boleh didenda antara RM5,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo