NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan buat kenyataan kelirukan penyokong sendiri, kata Loke


KUALA LUMPUR:
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak mengeluarkan pandangan bekerjasama dengan pihak luar, termasuk Perikatan Nasional (PN) selagi ia tidak dibincangkan dalam majlis presiden.

Beliau berkata, tindakan memberi kenyataan terbuka sebegitu akan mengelirukan penyokong PH, yang mana majoritinya tidak bersetuju bekerjasama dengan PN, khususnya Bersatu dan PAS.

“Ini adalah polemik tiada kesudahan, kalau kita selalu memberi kenyataan seperti itu (kerjasama dengan PN) ia akan mengelirukan penyokong kita.

“… saya menyeru supaya semua pimpinan parti PH, kalau nak bincang strategi, cadangan kerjasama dan sebagainya ia mesti bincang dalam majlis presiden dan membuat keputusan dipersetujui bersama dan bukannya memberi kenyataan yang dilihat bercanggah dan mengelirukan penyokong,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pejabat Ahli Parlimen Segambut dengan kerjasama Persatuan Anak Jati Penchala (PAJP), di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Beliau menegaskan agak sukar untuk PH bekerjasama dengan Bersatu dan PAS kerana parti komponen dalam gabungan itu mempunyai sejarah hitam.

“Lebih-lebih lagi PAS sendiri telah nyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan kerjasama dengan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaharu Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail, bahawa gabungan itu bersedia berunding, termasuk berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pendirian Saifuddin itu menyusuli kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, yang menggesa kepimpinan PH tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15, termasuk mengadakan perbincangan bersama Bersatu dan PAS.

DAP perlu perbanyak program bersama pengundi Melayu

Ditanya pendekatan DAP untuk menarik sokongan Melayu supaya menerima DAP, Loke berkata, wakil rakyat parti itu perlu lebih kerap mengadakan program mendekati masyarakat Melayu.

“Kita kena bertinteraksi selalu, buat program bersama, saya lihat Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh beliau tiada masalah bergaul dengan pemimpin Melayu, pengundi Melayu juga menerimanya,” katanya.

Loke berkata, DAP perlu meneruskan pendekatan seperti itu dengan memberi perkhidmatan dengan ikhlas.

“Terutamanya di kawasan diwakili DAPP, politik ini tak akan dapat hasil dalam masa terdekat, ia memerlukan masa. Kalau kita dapat teruskan pendekatan sebegini lama kelamaan masyarakat Melayu terbuka hati melihat kita. Berkhidmat secara ikhlas itu penting,” katanya.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo