NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ePemula – Ini Cara Untuk Menebus Kredit RM150 & Ganjaran Yang Ditawarkan


Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah bajet 2022 dan sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan melaluinya. Pengenalannya adalah bertujuan bagi meringankan beban kewangan belia. Di samping, turut sama menggalakkan transaksi secara nirtunai dalam kalangan belia dan perniagaan fizikal.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, penebusan untuk kredit e-tunai berkenaan telah boleh dibuat bermula hari ini sehingga 1 Jun 2022. Bagaimanapun, kredit berkenaan boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022. Proses untuk menebus boleh dibuat menerusi empat penyedia perkhidmatan e-tunai yang berbeza seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch n’ Go. Berikut adalah syarat-syarat untuk menebus :

  • Warganegara Malaysia yang berumur diantata 18 – 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004) ;
  • Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang berdaftar;
  • Penebusan hanya boleh dibuat menerusi satu penyedia perkhidmatan sahaja untuk sekali transaksi.

Bagaimanakah untuk membuat penebusan?


Seperti yang dikatakan tadi, sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. Setiap satu daripadanya juga menyediakan sejumlah ganjaran menarik untuk direbut. Berikut kami senarainya langkah-langkah mudah berserta ganjaran yang disediakan oleh setiap penyedia perkhidmatan tersebut :


BigPay

Penyedia perkhidmatan yang pertama adalah BigPay. Tuntutan yang dibuat menerusi aplikasi BigPay akan melayakkan anda menerima kredit e-tunai bernilai RM150. Di samping itu, BigPay turut menawarkan sejumlah ganjaran eksklusif lain berupa baucar atas talian bernilai sehingga RM1,500 dan pulangan tunai daripada sejumlah jenama terkemuka. Ini termasuklah AirAsia Academy, Zalora, Sephora, Lululemon dan sebagainya.

Proses pembayaran boleh dibuat menerusi beberapa cara; antaranya seperti DuitNow QR dan kad fizikal BigPay. Dalam masa sama, ia turut boleh digunakan untuk transaksi pembelian secara luar talian menerusi kedai fizikal terpilih di seluruh Malaysia. Lebih menariknya, anda juga berpeluang untuk memenangi seunit iPhone 13 apabila mendaftar masuk dengan kod promo ‘PCEPEMULA’.

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi BigPay → Pergi ke ‘PAYMENT’ → Ketik pada butang ePemula;
  • Langkah 2: Tandakan kotak pengesahan, kemudian mulakan proses penebusan;
  • Langkah 3: Masukkan butiran peribadi & hantar;
  • Langkah 4: Anda akan dimaklumkan mengenai status penyerahan.
  • Terma & syarat penuh : BigPay Malaysia

GrabPay

Perkhidmatan penyedia yang kedua adalah GrabPay. Sebelum membuat penebusan dengan GrabPay, sila pastikan anda telah mengemaskini aplikasi kepada versi terkini terlebih dahulu. Kemudian, anda perlu untuk menaik-taraf GrabPay Wallet, kemudian teruskan membuat penebusan untuk kredit e-tunai RM150. Melalui aplikasi GrabPay, anda berpeluang menerima baucar menarik bernilai sehingga RM360 dengan pecahan seperti berikut :

  • RM150 – kredit e-pemula + RM150 (GrabFood) + RM60 (rakan-rakan niaga)

Baucar-baucar berkenaan boleh dibelanjakan di GrabFood, barangan elektronik, produk kesihatan dan banyak lagi! Antara rakan-rakan kongsi yang terlibat termasuklah KFC, McDonald, GSC, Kyochon dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa ganjaran yang boleh anda nikmati dengan penebusan ePemula menerusi GrabPay (tertakluk kepada terma & syarat) :

  • Diskaun sehingga RM30 untuk bayaran dalam kedai GrabPay
  • Diskaun 30% untuk Tawaran Panas GrabFood
  • Diskaun RM5 Starbucks di kedai melalui GrabPay
  • Diskaun RM5 Watsons di kedai melalui GrabPay
  • Diskaun RM3 untuk Family Mart di kedai melalui GrabPay
  • Diskaun RM5 Baskin Robbins di kedai melalui GrabPay
  • Diskaun RM10 di kedai Harvey Norman melalui GrabPay
  • Diskaun RM10 untuk Harvey Norman dalam talian melalui GrabPay
  • Diskaun RM10 untuk Bottoms Lab dalam talian melalui GrabPay
  • Diskaun RM2 di kedai myNEWS melalui GrabPay
  • Diskaun RM10 untuk Pembelian Baucar UniPin

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1Buka aplikasi Grab → Pergi ke ‘BAYARAN’ → Ketik pada butang ePemula;
  • Langkah 2: Bergantung pada status sedia ada profil anda, sila sahkan identiti / tuntut pemula
  • Langkah 3: Masukkan butiran peribadi & hantar;
  • Langkah 4: Anda akan dimaklumkan mengenai status penyerahan;
  • Langkah 5: Setelah lulus, baucar-baucar ePemula akan diberikan menerusi ruangan ‘Simpanan Ganjaran’.
  • Terma & syarat penuh : Grab Malaysia

ShopeePay

Penyedia perkhidmatan yang seterusnya adalah ShopeePay. Proses penebusan menerusi ShopeePay pula memerlukan anda untuk mengaktifkan dan membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan. Penebusan menerusi ShopeePay boleh digunakan menerusi beberapa rakan kongsi seperti KFC, Starbucks, Pizza Hut, Family Mart, Mydin, Lotus dan banyak lagi. Selain daripada kredit e-tunai RM150, penebusan yang dibuat turut membolehkan anda menerima baucar ekstra bernilai sehingga RM500. Ini termasuklah :

  • Baucar sehingga RM310 untuk servis penghantaran percuma & diskaun untuk pembelian makanan;
  • Baucar sehingga RM90 untuk pulangan tunai ShopeePay;
  • Baucar lebih RM50 untuk pembelian di mana-mana rakan kongsi Shopee;
  • Baucar RM50 untuk kadSIM YES bersama kuota data sehingga 40GB secara percuma;
  • Baucar RM200 untuk pembelian menerusi Siswa Mall.
Dalam pada itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000 menerusi peraduan ‘Kongsi & Menang’. Kemudian diikuti dengan pemberian pulangan syiling Shopee sehingga 3% dengan pembayaran yang dibuat menggunakan DuitNow QR (sama ada Shopee Pay / mana-mana e-dompet dan bank terpilih).

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi → Aktifkan akaun ShopeePay → Pastikan anda telah membuat pengesahan akaun dengan kad pengenalan;
  • Langkah 2: Klik pada kotak ‘’Claim Now’ → Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya;
  • Langkah 3: Permohonan anda akan disahkan dalam masa 3 hari bekerja & RM150 akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun ShopeePay;
  • Langkah 4: Pihak Shopee akan menghantar baucar bernilai RM500 dalam masa 24 jam selepas proses tuntutan berjaya dibuat.
  • Terma & syarat penuh : Shopee Malaysia

Touch ‘n Go eWallet

Sebagai pilihan lain, anda juga boleh membuat penebusan menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Melaluinya, ia bukan sahaja membolehkan anda menikmati pemberian kredit e-tunai RM150 sahaja. Sebaliknya, TNG turut menawarkan ganjaran berupa baucar pulangan tunai terkumpul bernilai sehingga RM200. Di samping itu, baucar terkumpul rakan kongsi bernilai sehingga RM100 turut sama boleh diterima. Antara rakan kongsi yang terlibat termasuklah 7-Eleven, Tealive, FireFly, Starbucks dan banyak lagi!

Untuk makluman, kredit ini bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk sejumlah perkara seperti pemindahan kredit e-dompet, pembayaran sebarang bil termasuk telefon, pembayaran laluan RFID dan pembelian secara atas talian. Lebih menarik, ia boleh digunakan untuk pembayaran menerusi kedai fizikal terpilih.

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi → Buka pada tab ePemula → Klik setuju pada terma & syarat → klik ‘Claim Now’;
  • Langkah 2 : Pastikan butiran peribadi anda adalah betul, kemudian bersetuju dengan klausa privasi dan klik teruskan;
  • Langkah 3: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya;
  • Langkah 4: Akui tuntutan & klik “OK, got it”.
  • Terma & syarat penuh : Touch n’ Go eWallet

Jadi, itulah senarai penyedia perkhidmatan dan langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan untuk menebus kredit e-tunai RM150 di bawah program ePemula. Sekali lagi perlu diingatkan, penebusan hanya pada satu penyedia perkhidmatan sahaja untuk sekali transaksi. Proses penebusan juga boleh dibuat sehingga 1 Jun 2022, kemudian kredit tersebut sah digunakan sehingga 10 Jun 2022. Sudahkah anda menebusnya? Jika belum, tunggu apa lagi? Tebus sekarang dan gunakan kredit ini sebaiknya! Jangan lupa juga kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama.

Sumber | Amanz

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo