NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP bercanggah pendapat dengan AMANAH dalam isu strategik PRU-15



Pakatan Harapan (PH) mengalami masalah besar dalam menghadapi PRU-15. Mengikut penganalisis PH mungkin tidak akan mendapat tempat dihati rakyat dalam PRU-15 nanti kerana tiada isu kukuh untuk diketengahkan.

Kenyataan terbuka Nurul Izzah Anwar bahawa Pakatan Harapan (PH) memerlukan dua pusingan pilihan raya umum untuk kembali menguasai Putrajaya mencerminkan ketidakyakinan beliau terhadap kepimpinan ayahnya, Anwar Ibrahim mengetuai gabungan itu, kata kata penganalisis politik berkenaan.

Ramalan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu walaupun pahit untuk ditelan, katanya, ia menggambarkan keadaan sebenar PH ketika ini yang mana majoriti rakyat sudah tidak yakin akan kemampuan gabungan itu mentadbir.

Bekas naib presiden PKR itu berkata, gabungan itu juga diramal berdepan laluan sukar dan akan kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Susulan daripada perkara ini, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin membuat cadangan khemah besar antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) diadakan dan ini bercangah sama sekali dengan Presidennya Mohamad Sabu.

Kecelaruan dalam beberapa kenyataan untuk persiapan menghadapi PRU-15 menunjukkan PH mengalami kebutuan keseragaman dalam mengatur strategik PRU-15.

Kecelaruan ini ditambah pula dengan kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook semalam, 22 April 2022.

"Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyeru Pakatan Harapan (PH) membuka ruang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi beliau dan ia tidak pernah diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan" katanya.

Katanya lagi, DAP berpendirian bahawa isu kerjasama antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam PRU15 tidak timbul kerana PN merupakan sebahagian daripada blok kerajaan hari ini. Konsep “khemah besar” yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang.

Semua pihak dalam PH perlu menyedari bahawa adalah amat sukar kerjasama dengan PN dapat dijalin dengan latarbelakang sejarah hitam yang pernah kami lalui dengan parti-parti komponen dalam PN.

DAP menyeru semua pimpinan dalam PH supaya membincangkan sebarang pandangan berkenaan kerjasama politik dengan pihak lain dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan bukannya melalui kenyataan terbuka untuk memastikan tidak ada kekeliruan di kalangan ahli dan penyokong kita kata Anthony Loke.

Segala keputusan mengenai halatuju dan kerjasama di luar kerangka PH mesti diputuskan secara bersama oleh Majlis Presiden PH mengakhir kenyataannya.

Kenyataan DAP ini dilihat sebagai mendahuli kenyataan Anwar Ibrahim dan cuba menghalang Anwar Ibrahim bersama dengan AMANAH untuk mengatur strategik PRU-15 yang memungkinkan merugikan DAP dalam penguasaan politik.

Ex-Editor





............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo