NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bakal Perdana Menteri Pakistan: Kenali siapa sebenarnya Shehbaz Sharif?

Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif, yang merupakan ketua pembangkang, disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri Pakistan seterusnya. - Foto REUTERS

ISLAMABAD: Susulan undi tidak percaya terhadap Imran Khan, tumpuan kini terarah kepada pemimpin politik baharu yang bakal menggantikannya sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baharu.
Pembangkang Pakistan sebelum ini telah menggulingkan Imran dalam undi tidak percaya selepas beberapa sekutu bintang kriket berkenaan, dan parti gabungan utama meninggalkannya.
Gabungan pembangkang yang merangkumi spektrum politik dari haluan kiri dan radikal agama akan membentuk kerajaan baharu, dengan ketua salah satu parti terbesar, Liga Muslim Pakistan disebut-sebut bakal mengambil alih sebagai perdana menteri.
Media antarabangsa melaporkan Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif, yang merupakan ketua pembangkang, bakal menjadi Perdana Menteri Pakistan seterusnya.
Berikut merupakan sepuluh fakta tentang Shehbaz seperti dilaporkan Times of India.
1. Shehbaz Sharif, 70, merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif.
2. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Punjab Pakistan sebanyak tiga kali (1997, 2008, dan 2013), menjadikan ahli politik itu Ketua Menteri paling lama.
3. Dikenali sebagai sebahagian daripada Dinasti Sharif, Shehbaz digambarkan sebagai pemimpin yang percaya kepada segala kemungkinan, dan itu ditunjukkan ketika beliau bekerja rapat dengan China untuk mendapatkan projek negara berkenaan.
4. Shehbaz dilahirkan di Lahore dalam keluarga yang berjaya dalam perindustrian, dan menerima pendidikan tempatan. Selepas itu beliau menyertai perniagaan keluarga dan turut memiliki secara bersama sebuah syarikat besi.
5. Beliau menyertai politik di Punjab, menjadi Ketua Menterinya pertama kali pada 1997, sebelum terperangkap dalam krisis politik negara, dan dipenjarakan selepas diguling pihak tentera. Beliau kemudian hidup dalam tahanan di Arab Saudi pada tahun 2000.
6. Shehbaz kembali dari tahanan pada 2007 untuk memulakan semula karier politiknya di Punjab.
7. Beliau memasuki arena politik Pakistan apabila menjadi Ketua PML-N, selepas abangnya Nawaz didapati bersalah pada 2017 kerana menyembunyikan harta berkaitan pendedahan Kertas Panama.
8. Pada Disember 2019, Biro Akauntabiliti Nasional membekukan 23 harta milik Shehbaz dan anaknya Hamza, atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram.
9. Pada 28 September, 2020, biro itu menahan Shehbaz di Mahkamah Tinggi Lahore, dan menyabitkannya atas kesalahan pengubahan wang haram. Beliau dipenjarakan sewaktu dalam tempoh perbicaraan. Pada 14 April 2021, Mahkamah Tinggi Lahore melepaskannya melalui jaminan.
10. Penganalisis berpendapat Shehbaz, tidak seperti Nawaz, kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan pihak tentera, yang secara tradisinya mengawal polisi luar, di negara bersenjata nuklear dengan populasi 220 juta orang itu.
Sumber | Astro Awani

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
( Hide )
  1. Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.

    Saya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.

    Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.

    Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.

    Dari, Ng, Kepong Baru

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo