NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apple : Aplikasi yang tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun, dan kurang Muat-Turun akan dibuang

Apple kini telah mengeluarkan peringatan kepada para pembangun, mengatakan mereka akan membuang aplikasi dari AppStore yang tidak dikemaskini dalam tempoh tiga tahun, selain kurang dimuat-turun pengguna.

Apple mengatakan mereka akan memberikan emel notifikasi terlebih dahulu berkenaan akan membuang aplikasi tersebut – termasuk memberi masa sehingga 90 hari sebelum membuangnya.

Apple mengatakan langkah ini adalah dalam usaha mengekalkan kualiti App Store. Apple turut mengatakan aplikasi yang telah dimuat-turun dan dipasang pada peranti pengguna boleh digunakan seperti biasa tanpa masalah walaupun dibuang daripada AppStore.

Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo