NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

5 cedera insiden tembakan masjid di Kanada

Lima individu cedera dalam insiden tembakan masjid di Kanada. - Foto Hiasan

TORONTO: Lima individu cedera dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di sini, lapor agensi Anadolu yang memetik kenyataan polis.

Jurucakap Jabatan Polis Toronto, David Rydzik, berkata sekumpulan lelaki diserang secara rawak dan ditembak dari sebuah kenderaan di daerah Scarborough.

Beliau berkata, dalam insiden yang berlaku pada bulan Ramadan itu, mangsa baru selesai menunaikan solat pada waktu malam di masjid berkenaan.

"Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan, tetapi masih belum diketahui jumlah suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

"Setakat ini, polis masih tidak dapat menyatakan sama ada mangsa menjadi sasaran kerana pegangan agama mereka," katanya.

Sementara itu, ahli lembaga Persatuan Muslim Scarborough, Nadeem Sheikh, berkata beliau mengambil serius berhubung kejadian tembakan itu.

Beliau menggesa pihak berkuasa melakukan yang terbaik untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan dan berharap tindakan wajar diambil bagi membendung keganasan membabitkan senjata api. - BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo