NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

4G meliputi 95.5% kawasan berpenduduk, dengan kadar kelajuan jalur lebar 40.13Mbps - Annuar Musa


Pada setiap suku tahun, SKMM akan melakukan perkongsian berkaitan perkembangan internet dan jalur-lebar dibawah program Jendela. Untuk tiga bulan pertama ini, walaupun tidak dikongsikan lagi oleh pihak SKMM, Menteri Komunikasi dan Multimedia, TS Annuar Musa kini berkongsi beberapa data awal.

Melalui perkongsian beliau, kini rangkaian 4G meliputi 95.5% kawasan berpenduduk. Disamping itu, kadar kelajuan jalur-lebar purata pula mencapai 40.13Mbps.

Ini memperlihatkan peningkatan positif berbanding pada Disember 2021 lepas, dimana angka berkenaan adalah liputan 4G seluas 95.4% kawasan berpenduduk, disamping kelajuan data purata adalah 37.30Mbps.

Pengenalan rangkaian 5G, selain penaik-tarafan liputan 4G sedia ada sejak penutupan rangkaian 3G dilihat menyumbang kepada perkara ini.

Apa pun, hendaklah diambil maklum kadar kelajuan ini adalah kelajuan purata. Mengikut Speedtest, kadar kelajuan median adalah sekitar 25.72Mbps pada bulan Februari 2022 lepas.

Sumber | Amanz 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo