NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UKM memperkenalkan 2 buah kenderaan Hidrogen


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini memperkenalkan dan melancarkan dua buah kenderaan hidrogen, yang mana dibangunkan melalui pengubahsuaian terhadap kenderaan elektrik.

Dua kenderaan yang diperkenalkan berkenaan adalah kereta bugi untuk golf yang dibangunkan bersama Petronas, selain kereta SUV hibrid versi mini dengan kerjasama syarikat Myrenergy.

UKM menjayakan perkara ini dengan membangunkan sistem sel fuel hidrogen – sekaligus meningkatkan lagi kecekapan pengoperasian kenderaan. 

Melalui kenderaan SUV, ia menggunakan kenderaan hibrid sel fuel dan bateri dengan nisbah 0.5 yang mana setiap sumber kuasa mampu mencapai kapasiti sehingga 10 kW, membolehkan kenderaan bergerak lebih jauh dari jarak perjalanan asal.

Kenderaan berasaskan hidrogen dilihat alternatif lebih mesra alam berbanding petrol – dengan masa pengisian dan gantian bahan bakar lebih pantas berbanding penggunaan kenderaan elektrik.

UKM juga mengatakan pelancaran kenderaan sel fuel hidrogen ini merupakan tanda sokongan dan komitmen UKM tehradap Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030 Malaysia, sekaligus membolehkan Malaysia mencapai negara neutral karbon seawal tahun 2050.

Sumber | Amanz 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo