NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sinar Ultraungu-Jauh berkesan menghapuskan 98% Virus Covid-19 di tempat tertutup


Virus Covid-19 disebarkan menerusi udara. Oleh sebab itu saintis mempunyai data bahawa risiko penyebaran virus ini di tempat tertutup adalah lebih tinggi berbanding tempat terbuka. Ini adalah sebab mengapa di Singapura pemakaian pelitup muka di tempat terbuka tidak lagi mandatori. Tetapi bagaimana pula cara untuk mengawal penyebaran virus di tempat terbuka?

Saintis dari Columbia University menerbitkan kajian yang mendapati penggunaan sinar ultraungu C jauh (far-UVC) di dalam kawasan tertutup boleh membasmi sehingga 98% patogen di udara termasuk Covid-19. Lampu hanya perlu dihidupkan selama 5 minit untuk mendapatkan tahap keberkesanan ini.


Sinar ultra ungu jauh mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek berbanding lampu ultra ungu yang digunakan untuk tujuan sanitasi sekarang. Dalam ujian makmal ke atas tikus, saintis percaya ia turut tidak mendatangkan kesan jangka panjang ke atas kulit dan mata kerana tidak menembusi lapisan sel kulit serta mata.

Penggunaan sinar UVC adalah cara terbaik membasmi patogen di udara kerana penggunaan bahan kimia yang disembur ke udara bagi tujuan sanitasi boleh merosakkan paru-paru dan mata individu yang disembur. Ini adalah penyebab mengapa sistem sanitasi aerosol yang popular di awal pandemik tidak lagi digunakan sekarang.

Kelebihan lain sistem lampu ultraungu C jauh ini ialah ia berkesan menentang varian-varian virus Covid-19 yang mungkin muncul di masa hadapan. Dalam kajian yang sama melibatkan saintis University of St. Andrews, University of Dundee, University of Leeds, dan Columbia University keberkesanan lampu fa-UVC diuji dengan mengepam bakteria S. aureus di udara secara berterusan di dalam bilik. Selepas lima minit 98% bakteria tidak lagi aktif. S. aureus lebih tahan sinar far-UVC berbanding Covid-19 sekaligus menjadikan teknik pembasmian kuman ini berkesan ke atasnya di dunia sebenar.

Sumber | University of Columbia, Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo