NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Russia, Ukraine hampir capai persetujuan


ISTANBUL: Russia dan Ukraine dikatakan mencapai kemajuan dalam rundingan mereka bagi menghentikan pencerobohan malah kedua-dua pihak bertelagah itu hampir mencapai persetujuan.

Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu dalam siaran langsung dari wilayah Antalya di selatan Turki, berkata ia sudah tentu bukan perkara yang mudah untuk dipersetujui semasa perang sedang berlangsung, manakala orang awam terbunuh.

"Tetapi kami ingin mengatakan bahawa momentum masih ada.

"Kami melihat bahawa pihak-pihak terbabit hampir mencapai persetujuan," katanya.

Cavusoglu minggu ini melawat Russia dan Ukraine ekoran Turki, yang mempunyai ikatan kukuh dengan kedua-dua pihak mencuba untuk meletakkan dirinya sebagai orang tengah.

Ankara minggu lalu menjadi tuan rumah kepada Menteri Luar Russia dan Ukraine di Antalya.

Cavusoglu berkata, Turki sedang berhubung dengan pasukan perunding dari kedua-dua negara tetapi beliau enggan mendedahkan butiran itu kerana mereka memainkan peranan pengantara dan fasilitator yang jujur.

Dalam temu bual dengan akhbar Hurriyet pula, jurucakap presiden Ibrahim Kalin itu berkata, kedua-dua pihak sedang merundingkan enam perkara iaitu nuetralisasi Ukraine, pelucutan senjata dan jaminan keselamatan, apa yang dipanggil 'de-Nazification', menghapuskan halangan terhadap penggunaan bahasa Russia di Ukraine, status wilayah Donbass dan status Crimea yang menyertai Russia pada 2014.

Turki turut berkata, mereka bersedia untuk menjadi tuan rumah pertemuan antara Zelensky dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

"Kami bekerja siang dan malam untuk keamanan," kata Cavusoglu lagi.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebelum ini berulang kali merayu untuk keamanan malah menggesa Russia untuk menerima rundingan 'bermakna' untuk menamatkan pencerobohan itu.

"Ini adalah masa untuk bertemu, bercakap dan masa untuk memperbaharui integriti wilayah dan keadilan untuk Ukraine," katanya, dalam video terbarunya yang disiarkan di media sosial semalam. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo