NOTIS:

Belum ada lagi....

Pelabur matawang kripto diingatkan bersedia hadapi kerugian

0
Logo dan kadar pertukaran bagi Bitcoin (BTH), Litecoin (LTC), Monero (XMR) dan Ether (ETH) kepada matawang Switzerland, franc, dipaparkan pada skrin mesin ATM khidmat pembayaran blockchain ditawarkan Bity di Zurich, Switzerland. - Foto REUTERS

LONDON: Pengguna berisiko kehilangan semua wang dilaburkan dalam aset kripto dan boleh menjadi mangsa penipuan, kata badan pemerhati sekuriti, perbankan dan insurans Kesatuan Eropah (EU) dalam satu kenyataan bersama hari ini.

"Pengguna berdepan kemungkinan sangat nyata untuk kehilangan semua wang dilaburkan jika mereka membeli aset ini," kata tiga pihak berkuasa EU dalam kenyataan berkenaan.

Ia menandakan peningkatan amaran langsung kepada pengguna mengenai aset kripto oleh pihak berkuasa EU, menyatakan pengguna tiada perlindungan atau bantuan untuk pampasan di bawah undang-undang perkhidmatan kewangan EU sedia ada.

Pengawal selia berkata, pihaknya semakin bimbang susulan lebih ramai pengguna membeli 17,000 aset kripto berbeza, termasuk bitcoin dan ether, menyumbang 60 peratus daripada pasaran, tanpa menyedari risiko sepenuhnya.

"Pengguna perlu waspada risiko iklan mengelirukan, termasuk melalui media sosial dan pengaruh selebriti media sosial.

"Pengguna perlu berhati-hati dengan pulangan terlalu cepat atau amat tinggi dijanjikan, terutama dilihat terlalu bagus sehingga tidak masuk akal," katanya.

Menurut kenyataan sama, pelabur harus sedar penggunaan tenaga bagi menghasilkan beberapa aset kripto adalah tinggi dan kesannya terhadap alam sekitar. - REUTERS




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo