NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 3 juta lari tinggalkan perang Ukraine - PBB

Pelarian dari Ukraine beratus di pejabat kebajikan berdekatan stesen kereta api utama di Stuttgart, selatan Jerman bagi memohon faedah dan sijil insurans kesihatan.

GENEVA : Lebih tiga juta penduduk Ukraine meninggalkan negara itu sejak Russia menyerang pada 24 Februari lalu, hampir separuh daripada mereka di bawah umur.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), purata seorang kanak-kanak menjadi pelarian setiap saat,

jurucakap Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Paul Dillon, berkata jumlah pelarian kini sudah mencapai angka tiga juta dari segi pergerakan orang keluar dari Ukraine.

"Kurang daripada tiga minggu selepas pencerobohan, tiga juta nyawa keluar dari Ukraine, tiga juta wanita, kanak-kanak dan individu terpisah daripada orang tersayang.

"Kami mendesak supaya permusuhan ini segera dihentikan," ciap Ketua IOM, Antonio Vitorino di Twitter.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) merekodkan jumlah pelarian setakat ini adalah 2.97 juta, dengan lebih separuh daripada mereka, iaitu 1.8 juta, melarikan diri ke Poland.

Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pula melaporkan, lebih 1.4 juta daripada mereka yang melarikan diri adalah di bawah umur.

"Secara purata, setiap hari dalam tempoh 20 hari terakhir di Ukraine, lebih 70,000 kanak-kanak menjadi pelarian," kata jurucakap UNICEF, James Elder kepada pemberita di Geneva.

Beliau berkata, jumlah itu bersamaan sekitar 55 setiap minit atau hampir seorang sesaat.

"Peningkatan (pelarian) disebabkan krisis ini, dari segi kelajuan dan skala, tidak pernah berlaku sebelum Perang Dunia II dan tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan mula reda.

"Seperti semua kanak-kanak yang dihalau dari rumah mereka disebabkan peperangan dan konflik, kanak-kanak Ukraine yang tiba di negara sempadan menghadapi risiko besar perpisahan keluarga.

"Mereka terdedah kepada keganasan, eksploitasi seksual dan pemerdagangan manusia," katanya.

Katanya, mereka memerlukan perkhidmatan keselamatan, kestabilan dan perlindungan kanak-kanak, terutama mereka yang tidak ditemani atau sudah terpisah daripada keluarga.

Elder, yang baru pulang ke Geneva selepas menghabiskan dua minggu di Lviv, barat Ukraine, menyifatkan penderitaan yang berlaku amat besar dan keadaan di sana Ukraine masih suram lagi menyayat hati.

"Doktor menggunakan pelekat untuk memberi keutamaan kepada mereka yang perlu menerima rawatan.

"Pelekat hijau pada kanak-kanak bermakna mereka cedera, pelekat kuning untuk yang memerlukan perhatian, pelekat merah kepada yang kritikal.

"Pakar pediatrik juga terpaksa meletakkan pelekat hitam pada kanak-kanak, yang bermakna kanak-kanak itu masih hidup, namun tidak dapat diberi perhatian kerana tidak mempunyai sumber dan potensi akan mati adalah tinggi," katanya. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo