NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DNB lanjutkan ujian rintis 5G, Bolehkan rangkaian 5G diakses tanpa sebarang caj


Digital Nasional Berhad (DNB) kini mengalu-aluka pengumuman kerajaan, dan pada masa yang sama menekankan yang mana model penyedia rangkaian tunggal akan mempercepatkan rangkaian 5G dibangunkan di Malaysia, dan pada masa yang sama mengurangkan kos berkaitan dengannya.

Selari dengannya, DNB akan berbincang dengan pihak syarikat telekomunikasi berkaitan pengambilan ekuiti pada firma berkenaan. Pada awal hari ini, kerajaan mengatakan Kementerian Kewangan akan pegang 30% daripada pegangan pada DNB, sebaliknya 70% lagi ditawarkan kepada syarikat telekomunikasi untuk mempunyai pegangan padanya.

Dengan pengumuman ini juga, DNB mengatakan mereka akan lanjutkan penawaran ujian rintis komersil sehingga ke 30 Jun 2022 kelak. Ia sekaligus membolehkan syarikat telekomunikasi berdaftar dengan pihak DNB untuk menggunakan infrastruktur dan menawarkan ia kepada pengguna umum. Untuk fasa ujian rintis, tiada sebarang caj dikenakan – membolehkan syarikat telekomunikasi mengakses rangkaian tanpa sebarang bayaran, serta menawarkan pengalaman rangkaian 5G kepada pengguna umum.

Buat masa ini, hanya Yes sahaja mengambil bahagian, dan telah sedia menawarkan akses 5G tanpa had kepada para pengguna mereka tanpa sebarang bayaran. Malah, pengguna juga boleh mendapatkan kad SIM Yes 5G secara percuma melalui Shopee – termasuk tanpa perlu membayar kos penghantaran untuknya.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo