NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ciri WhatsApp reaksi mula kelihatan pada sebilangan pengguna


WhatsApp sejak Ogos tahun 2021 sudah pun mula menguji ciri memberi reaksi dalam ruangan sembang. Ciri reaksi ini turut akan menyokong mod penyulitan penuh daripada WhatsApp untuk sekuriti pada setiap mesej yang dihantar. Ciri ini adalah untuk meluahkan emosi kepada setiap mesej yang diterima dengan emoji.

Ciri yang sama ini sudah pun digunakan pada banyak perkhidmatan media sosial daripada Meta seperti Facebook dan Messenger. Bulan lepas, WABetaInfo melaporkan yang ciri ini akan tiba dalam versi beta akan datang. Dalam ujian saya, saya hanya melihat tetapan untuk notifikasi sahaja apabila reaksi diberikan.


Saya menerima tips daripada seseorang, yang memperlihatkan ciri reaksi sudah pun boleh digunakan. Kaedahnya adalah tekan dan tahan pada teks yang diterima, akan muncul tetingkap terapung beberapa pilihan emoji. Emoji akan terpapar sebagaimana reaksi diberikan pada iMessage. Penerima juga boleh tekan pada emoji kecil untuk lihat siapa yang memberikan reaksi tadi.

Tidak pasti versi WhatsApp mana yang sumber gunakan, tetapi ciri ini sudah lama terbina dan disorokkan oleh Meta. Ini kerana dalam WhatsApp Mod, ciri ini turut boleh digunakan dan pengguna WhatsApp biasa turut boleh melihatnya.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo