NOTIS:

Belum ada lagi....

China laksana perintah berkurung kekang jangkitan COVID-19

0

BEIJING: China hari ini mengenakan perintah berkurung dalam rumah kepada berjuta penduduk di timur laut negara itu dalam usaha memerangi wabak COVID-19 kedua terbesar dalam tempoh dua tahun ini.

Sebelum ini, negara ini sudah mengekang COVID-19 sejak ia mula dikesan pada 2020 dengan menggunakan sekatan bersasar, ujian besar-besaran dan sekatan perjalanan.

Bagaimanapun varian Omicron menembusi pertahanan negara itu dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini sehingga menular ke beberapa bandar.

Pihak berkuasa tempatan berkata, Jilin, bandar kedua terbesar di wilayah Jilin, akan mengenakan perintah berkurung kepada kira-kira 4.5 juta penduduk selama tiga hari mulai esok.

Lebih 4,000 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh China pada hari ini – dengan dua pertiganya di wilayah Jilin, yang bersempadan dengan Russia dan Korea Utara.

Ibu kota wilayah itu, Changchun pula mengenakan sekatan selama tiga hari bermula semalam dan sembilan juta penduduk Changchun hanya dibenarkan keluar setiap dua hari sekali untuk membeli makanan, sejak 11 Mac lalu.

Langkah baharu itu bermakna hanya kakitangan perubatan dan pekerja anti-wabak yang akan dibenarkan keluar rumah.

Di timur ibu kota Beijing, bandar Tangshan pula, mereka mengharamkan lalu-lintas selama 24 jam hari ini dalam usaha untuk memperlahankan penyebaran virus - malah akan menyaring semua 7.7 juta penduduknya.

Langkah ini juga selepas China merekodkan dua kematian pertama akibat COVID-19 dalam tempoh lebih setahun pada semalam.

Di wilayah China yang lain, puluhan juta penduduk juga terpaksa berkurung dan pihak berkuasa pula dalam tekanan untuk menyediakan katil hospital bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan tidak mengalami tekanan.

Wilayah Jilin turut membina lapan hospital sementara dan dua pusat kuarantin. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo