NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bangunan pentadbiran Kharkiv diserang peluru berpandu Russia

Keadaan bangunan pentadbiran selepas diserang Russia di Kharkiv, Ukraine. 

LVIV: Peluru berpandu Russia menyerang pusat bandar Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine, termasuk kawasan perumahan dan bangunan pentadbiran, ketika pencerobohan Moscow memasuki hari keenam.

Ketua wilayah Kharkiv, Oleg Synegubov, mendakwa Russia melancarkan peluru berpandu dan GRAD ke arah Kharkiv, namun pertahanan bandar itu masih kukuh.

"Serangan seumpamanya adalah tindakan genosid terhadap rakyat Ukraine, jenayah perang terhadap penduduk awam," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Dalam video itu, Synegubov, yang memakai jaket kalis peluru dan topi keledar, memaklumkan masih terlalu awal untuk pihaknya mengetahui angka korban yang sebenar.

Beliau turut berkongsi video menunjukkan bangunan pentadbiran wilayah Kharkiv diserang peluru berpandu sebelum ia meletup, yang disahkan ketulenannya oleh Reuters.

Sementara itu, Datuk bandar Mariupol di Ukraine, Vadym Boichenko, memberitahu pelabuhan di selatan bandar itu diserang secara konsisten, hingga meragut nyawa orang awam dan merosakkan infrastruktur.

"Beberapa kawasan perumahan penduduk diserang selama lima hari menggunakan artileri, GRAD dan serangan pasukan tentera udara.

"Kami menyaksikan kerosakan infrastruktur awam seperti sekolah dan rumah. Ada ramai yang cedera. Ada wanita, kanak-kanak yang terbunuh," katanya dalam siaran langsung disiarkan Ukraine TV, hari ini.

Dalam pada itu, pengeluar besi terbesar Ukraine, Metinvest BV, yang memiliki kebanyakan fasiliti di Mariupol, terpaksa menghentikan pengeluaran dan menghantar kebanyakan pekerjanya pulang, selain mengurangkan syif bagi memastikan kelengkapannya tidak rosak.

Kawasan di Mariupol berhampiran Laut Azov pula terputus bekalan elektrik akibat serangan tentera Russia yang semakin mara, kata ketua wilayah itu, Pavlo Kyrylenko.

"Mariupol dan Volnovakha adalah milik kami! Dua bandar ini berdepan tekanan daripada musuh, namun ia masih bertahan. Di Mariupol, talian elektrik dipotong dan bandar ini kini terputus bekalan elektrik," kata Kyrylenko menerusi Facebook. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo