NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anggota polis didenda RM1,500 terima suapan kes khalwat

Abdul Hadi dijatuhi hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memperoleh suapan RM200 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pesalah khalwat, dua tahun lalu. - Foto NSTP/Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

IPOH: Anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima suapan RM200 sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas pesalah khalwat, dua tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lans Koperal Abdul Hadi Abu Bakar, 29, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pilihan itu, tertuduh yang ketika kejadian berkhidmat sebagai ejen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertugas di Unit MPV (8) Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, didakwa menerima suapan RM200 daripada Muhammad Hafizuldin Hamzah, 26.

Tertuduh didakwa mengetahui suapan itu mempunyai hubungan dengan kerja rasminya, iaitu dengan tidak membawa Muhammad Hafizuldin dan J Kristina, 20, ke balai polis atas kesalahan khalwat yang dilakukan pada 30 Disember 2019.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di bahagian belakang bangunan Restoran Pelita Nasi Kandar, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, antara jam 12.30 hingga 12.45 tengah hari pada 5 Januari 2020.

Kesalahan membabitkan Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor, manakala tertuduh diwakili peguam Sheikh Mohd Nasir S Mohd Sharif.

Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo