NOTIS:

Belum ada lagi....

Amazon Amp dilancarkan punyai ciri seakan Clubhouse

0

Amazon Amp dilancarkan hari ini sebagai sebuah lagi perkhidmatan seakan Clubhouse. Menerusinya pengguna boleh menjadi hos seakan rancangan radio secara langsung dengan kemampuan mengambil panggilan telefon dan memainkan lagu dari pemuzik terkemuka.


Dengan kata lain Amp cuba menghidupkan semula format penyiaran radio dengan generasi lebih mudah. Katalog muzik yang boleh dimainkan secara percuma dalam siaran adalah besar dengan akses kepada katalog artis Universal Music Group, Sony Music Entertainment, Warner Music Group, dan beberapa syarikat muzik Indie.

Amp kini dalam peringkat Beta dan hanya dibuka kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Dengan pelancaran Amp, Amazon mengumumkan rancangan eksklusif dengan hos selebriti Nicki Minaj, Pusha T, Tinashe, Lindsey Stirling, Travis Barker, Lil Yachty, dan Big Boi.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo