NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid tolak diskriminasi, jamin calon BN Johor ada ciri-ciri 'wali'


JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) memberi jaminan, calon yang bakal ditampilkan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mempunyai ciri-ciri 'wali' yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata 'wali' itu merujuk kepada boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) yang berkaliber dan berdaya.

Katanya, sebarang tindakan mengeksploitasi paras rupa calon dengan keyakinan akan dapat undi dilihat merendah-rendahkan bangsa Johor.

"Amat mengejutkan apabila parti politik gabungan PN (Perikatan Nasional) boleh berfikiran kuno menjelang PRN Johor pada 12 Mac ini.

"Mengumumkan hanya akan menampilkan calon yang mempunyai tarikan fizikal dan rupa paras menarik.

"Rupa paras calon lelaki yang kacak dan calon wanita yang cantik dikatakan penting untuk dapat undi rakyat Johor.

"Seolah-olah menganggap begitu miskin kualiti pemikiran orang Johor dalam menilai calon berwibawa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO, berkata pada masa sama, tanggapan itu juga seolah-olah mengajak rakyat Malaysia ke arah terkebelakang dalam nilai kehidupan mereka.

"Serendah itukah nilai politik Malaysia cuba diterap oleh lawan Barisan Nasional (BN)?

"Sejak sekian lama umat manusia dididik supaya tidak mendiskriminasi paras rupa, mereka melakukan sebaliknya.

"Calon BN mampu memberi perkhidmatan terbaik pada setiap masa dan tempat tanpa mengira kecantikan dan kehenseman mereka," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo