NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umat Islam diajak bersatu pertahan akidah anak Loh

KANGAR: Usaha Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertahankan keislaman ketiga-tiga anak Loh Siew Hong yang memeluk Islam secara sukarela walaupun belum cukup umur turut disokong PAS.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin berkata, umat Islam diajak bersatu padu memberi sokongan penuh kepada kumpulan yang memperjuangkan isu tersebut.

Katanya seluruh umat Islam sedar ada pihak yang berusaha menimbulkan keraguan orang terhadap keadilan Islam.

“Kesedaran ini amat perlu ditekankan supaya masing-masing mempunyai roh untuk menentang sebarang usaha yang menjurus ke arah merosakkan kesucian agama Islam.

“Sama-sama doakan supaya kita berjaya mempertahankan isu ini,” katanya di sini.

Pada Sabtu lepas, Tuan Guru Hashim menghadiri Wacana Undang-Undang Syariah bersama NGO di Bukit Keteri yang turut dihadiri Mufti Perlis, Dato’ Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Baru-baru ini media melaporkan seorang ibu Loh Siew Hong membuat laporan polis bagi mendapatkan semula anaknya yang dijaga sebuah NGO mualaf selepas mereka menganut Islam.

Siew Hong mendakwa berpisah dengan suaminya Nagahswaran dan anak-anaknya sejak Mac 2019.

Menurut Mohd Asri pada 14 Februari lepas pihaknya membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Kangar untuk diserah kepada Loh bagaimanapun mereka enggan mengikut ibunya. 

Sumber | HARAKAHDAILY 21/2/2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo