NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor : PEJUANG hanya tanding 42 kerusi

PUTRAJAYA: Tindakan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) hanya bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, dibuat berasaskan kehendak rakyat dan kesesuaian komposisi pengundi.

Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata parti itu mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat pemilihan calon yang bakal mewakili parti itu pada PRN Johor.

Beliau berkata, ia berikutan pucuk pimpinan parti mendapati ada sesetengah kerusi DUN tidak sesuai dengan PEJUANG.

"PEJUANG ini parti Melayu. Kalau kawasan itu dominasi bukan Melayu, agak sukar bagi kita.

"Kita tak mahu tunjuk kita tamak, nak ambil semua. Kita tak tamak kita nak cukup saja.

"Dan 42 orang itu cukup. Kalau kita menang separuh pun cukup, itu tujuannya," katanya pada Pelancaran Aspirasi Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir, PEJUANG akan bertanding di kawasan yang diyakininya akan menang.

Sumber | BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo