NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor: Kerusi DUN Gambir tidak akan dipertahankan Muhyiddin

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau mungkin tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan beliau menumpukan sepenuh masa kepada soal yang lebih utama di peringkat Parlimen dan pusat serta mengurus hal-hal berkaitan parti.
"Saya mungkin tidak akan bertanding tapi ini terserah kepada pimpinan di atas. Jadi saya nak bagi peluang kepada ramai lagi tokoh-tokoh di Johor terutamanya untuk kerusi itu, tapi itu terserah kepada mereka nantilah, siapa nak mengisi kerusi tersebut. Kita akan putuskan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor di sini pada Selasa malam.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Bersatu Johor berkata, untuk PRN Johor, semua 26 bahagian Bersatu yang menjaga 56 kawasan DUN sudah pun menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing di semua kawasan.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, untuk menghadapi PRN kali ini, pimpinan parti-parti gabungan PN iaitu Pas dan Gerakan berpandangan gabungan itu akan bertanding di semua kawasan DUN.

"Peringkat awal ini persiapan telah bermula dan nampaknya hubungan kerjasama antara parti-parti seperti PAS memang sah dan istiqamah bersama PN, manakala dengan Gerakan dan parti-parti yang ada di Sabah tiada masalah,” katanya.

Sumber | Sinar Harian






............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo