NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pihak berkuasa Palestin serius dalam membendung COVID-19

Pihak berkuasa Palestin meningkatkan ujian saringan dan proses vaksinasi COVID-19 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, sambil memberi amaran sikap acuh tak acuh penduduk terhadap pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial menghalang usaha menangani penularan jangkitan itu. - Foto AFP

RAMALLAH: Pihak berkuasa Palestin meningkatkan ujian saringan dan proses vaksinasi COVID-19 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, sambil memberi amaran sikap acuh tak acuh penduduk terhadap pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial menghalang usaha menangani penularan jangkitan itu.

Kementerian Kesihatan Pihak Berkuasa Palestin berkata, jumlah kes aktif COVID-19 di kedua-dua wilayah itu 64,000 kes semalam, disebabkan oleh varian Omicron.

"Tiga minggu lalu, kita merekodkan sehingga 300 jangkitan setiap hari, tetapi beberapa hari yang lalu kes jangkitan melepasi paras 11,000 kes

"Sudah jelas ini adalah gelombang varian Omicron," kata Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di Ramallah, Mahdi Rashed.

Beliau turut memberi amaran bahawa jumlah sebenar jangkitan mungkin lebih tinggi, kerana ramai orang tidak menjalani ujian saringan, selain sikap sambil lewa orang ramai tidak mematuhi peraturan keselamatan kesihatan.

Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila pula memberi amaran bahawa hospital kerajaan di Tebing Barat berada pada kapasiti penuh sejak Sabtu lalu.

Pada minggu lalu sahaja, bilangan orang yang sakit tenat meningkat lebih daripada dua kali ganda di Gaza dan hampir dua kali ganda di Tebing Barat.

Di seluruh Gaza dan Tebing Barat, pelitup muka adalah wajib di dalam pejabat awam dan kakitangan kerajaan dikehendaki mengambil vaksin, kata pegawai.

Sementara itu, penduduk di Hebron, Tebing Barat, Ahmed Al-Atrash, 28, yang membuka gerai pakaian, berkata sikap tidak peduli orang ramai menjadi penyumbang kenaikan kes jangkitan COVID-19.

"Tiada siapa yang peduli dengan COVID-19. Mereka tidak kisah, dan ini sudah menjadi perkara biasa di kalangan rakyat Palestin," katanya.

Pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat dan Gaza sudah membuka lebih banyak pusat ujian saringan dan menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin.

Setakat ini, 60 peratus daripada 3.1 juta rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat sudah diberi vaksin sepenuhnya, manakala 43 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza juga lengkap divaksin.

Angka kematian di Tebing Barat dan Gaza akibat virus itu mencecah hampir 5,000 orang. - REUTERS

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo