NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelan Hala Tuju Robotik Negara Bakal Dibangunkan , Tingkatkan Penggunaan Robot Dalam Industri


Perdana Menteri Malaysia kini menyatakan kerajaan bakal membangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR), dalam terus memperluaskan penggunaan teknologi robotik dalam negara.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengurangan kebergantungan kepada tenaga buruh asing, sekaligus mengurangkan aliran mata wang ke luar negara. Dari segi positifnya, penggunaan robotik juga dijangka akan dapat meningkatkan kadar produktiviti.

Mengikut data pada 2019, ia dikatakan kepadatan robot di Malaysia bagi setiap 10,000 pekerja adalah 55 unit robot. Melalui pelan baharu ini, ia menyasarkan untuk meningkatkan kepada 195 unit untuk setiap 10,000 pekerja menjelang 2030 kelak.

Perkembangan ini dilihat selari dengan teknologi yang kini berkembang ke arah dunia 5G, bandar pintar, dan sebagainya – yang dijangka akan memperluaskan lagi penggunaan robotik.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo