NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakistan hukum mati lelaki rogol, penggal kepala teman wanita

Zahir Jaffer, tertuduh utama dalam kes pembunuhan Noor Mukadam, dijatuhi hukuman mati manakala ibu bapanya, Zakir Jaffer dan Ismat Adamjee, dibebaskan oleh mahkamah sesyen di Islamabad hari ini. - Foto Google

ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada seorang keturunan sebuah keluarga usahawan yang kaya kerana merogol dan memenggal kepala teman wanitanya.

Pembunuhan itu mencetuskan bantahan berhubung kekejaman terhadap wanita di negara yang sangat patriarki itu.

Zahir Jaffer, 30, warga Pakistan-Amerika, menyerang Noor Mukadam di rumahnya di Islamabad pada Julai tahun lalu selepas dia menolak lamaran perkahwinannya - menderanya dan menggunakan 'senjata tajam' untuk memenggal kepalanya.

Noor, anak perempuan bekas duta berusia 27 tahun, berulang kali melakukan percubaan untuk melarikan diri dari rumah besar itu tetapi dihalang oleh dua kakitangan.

"Tertuduh utama telah dijatuhkan hukuman mati," kata hakim Atta Rabbani di mahkamah daerah Islamabad.

Ibu bapa Zahir, Zakir Jaffer dan Asmat Adamjee, didapati tidak bersalah kerana cuba menutup jenayah itu.

Kedua-dua kakitangan itu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana bersubahat membunuh.

"Saya gembira keadilan telah ditegakkan," kata Shuakat Mukadam, bapa Noor, sambil berjanji untuk mencabar pembebasan ibu bapa Zahir.

Kes itu mencetuskan reaksi meluap-luap daripada pejuang hak-hak wanita yang menganggap keganasan yang merebak ke atas wanita.

Sifat pembunuhan yang mengejutkan, yang membabitkan pasangan daripada golongan elit istimewa masyarakat Pakistan, membawa kepada tekanan supaya perbicaraan selesai dengan cepat di negara yang sistem keadilannya terkenal lembap dan kes-kes biasanya berlarutan selama bertahun-tahun.

Menurut Badan Bantuan Guaman Asma Jahangir, sebuah kumpulan yang menyediakan bantuan guaman kepada wanita yang teraniaya, kadar sabitan bagi kes keganasan terhadap wanita adalah lebih kurang daripada tiga peratus.

Mangsa penderaan seksual dan domestik selalunya terlalu takut untuk bersuara, dan aduan jenayah sering tidak disiasat dengan serius.

Zahir, yang boleh mencabar keputusan hari ini, telah diarah keluar dari mahkamah beberapa kali semasa perbicaraan kerana kelakuannya.

Dia sering dibawa ke prosiding dengan pengusung atau kerusi roda, dan peguamnya berhujah bahawa dia sepatutnya dianggap tidak 'sihat mental' - satu gerakan yang menurut pendakwa raya direka untuk menangguhkan perbicaraan.

Pada satu perbicaraan, dia mendakwa orang lain telah membunuh Noor semasa 'pesta dadah' di rumahnya.

Ketika menyoal bapa Noor - bekas duta ke Korea Selatan dan Kazakhstan - peguam Zahir membayangkan dia dibunuh oleh keluarganya sendiri kerana menjalinkan hubungan di luar perkahwinan.

Pendakwaan untuk keganasan dan serangan seksual sering melihat sejarah peribadi mangsa wanita dikaitkan mengikut adat resam patriarki Pakistan - satu lagi sebab mengapa keadilan jarang berlaku untuk wanita. - AFP

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo