NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Keselamatan PBB bertemu hari ini

Wanita mengibar bendara Ukraine 

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bersidang petang ini untuk mengundi resolusi yang menggesa sidang khas Perhimpunan Agung diadakan, bagi mengecam pencerobohan Russia ke atas Ukraine, menurut diplomat.

Hanya sembilan daripada 15 negara anggota Majlis Keselamatan PBB perlu mengundi bagi menyokong resolusi, untuk ia diterima pakai pada mesyuarat itu, seperti diminta Amerika Syarikat (AS) dan Albania serta dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang waktu tempatan.

Di bawah prosedur yang jarang digunakan itu, tiada satu pun daripada lima anggota tetap, termasuk satunya Russia, akan dibenarkan untuk menggunakan kuasa veto ke atas persidangan sidang khas Isnin ini.

Diplomat itu menjelaskan, matlamat Perhimpunan Agung khas itu, untuk memaksa 193 anggota PBB mengambil pendirian mengenai konflik dan pelanggaran Piagam PBB oleh Russia, serta secara rasmi mengutuk sebarang bentuk perang.

Sekiranya resolusi yang dicadangkan itu diluluskan oleh majlis berkenaan, peraturan menetapkan sesi Perhimpunan Agung khas akan diadakan dalam tempoh 24 jam.

Jumaat lalu, resolusi yang ditulis oleh AS dan Albania itu, bagi mengecam tindakan Russia di Ukraine gagal dibawa dalam Majlis Keselamatan PBB, berikutan Russia, yang juga anggota tetap menggunakan kuasa vetonya.

Perhimpunan Agung itu dijangka akan mengundi pada resolusi yang sama, selepas sesi khas berkenaan.

Beberapa diplomat memberitahu mereka menjangka majoriti, dengan lebih 100 anggota PBB mengundi menyokong resolusi itu.

Dalam pengundian Perhimpunan Agung, tiada seorang pun daripada 193 ahli PBB memegang kuasa veto, bagaimanapun resolusi itu tidak mengikat.

Ekoran situasi di Ukraine, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres membatalkan lawatan ke Geneva untuk berucap di Majlis Hak Asasi Manusia esok, sebaliknya akan kekal di New York, kata jurucakapnya Stephane Dujarric. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo