NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki terbakar bersama kereta, meninggal dunia

Mangsa melecur 96 peratus pada badannya selepas terbakar bersama sebuah kereta di atas jambatan Kampung Syed Omar, Kangar, malam kelmarin, meninggal dunia ketika dalam rawatan hari ini.

KANGAR: Lelaki yang melecur 96 peratus pada tubuh badannya dalam kebakaran kereta di Jalan Kampung Syed Omar di sini semalam, meninggal dunia ketika dalam rawatan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata pihaknya dimaklumkan oleh Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bahawa mangsa yang kritikal sebelum itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai sekitar jam 12 tengah hari.

"Kita baru dimaklumkan oleh HTF bahawa mangsa meninggal dunia selepas keadaannya agak kritikal akibat melecur dalam kejadian semalam.

"Lelaki itu mengalami luka lecur pada badannya sebanyak 96 peratus," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian malam tadi, seorang lelaki cuba untuk membunuh diri selepas membakar diri dalam kereta di atas sebuah jambatan di Jalan Kampung Syed Omar, di sini.

Polis menerima panggilan pada 8.49 malam daripada pekerja kilang papan berusia 38 tahun yang memaklumkan terdapat kereta terbakar serta seorang lelaki di dalam kenderaan berkenaan.

Katanya, siasatan polis mendapati mangsa berusia 28 tahun dan tinggal di Kangar.

Mangsa adalah seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF dan pernah cuba membunuh diri pada Januari dan pada Selasa lalu sebelum diselamatkan keluarga.

Mangsa dilaporkan cuba membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo