NOTIS:

Belum ada lagi....

'Kes harian diumum seiring data elak kegerunan'

0
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada sidang media di KKM, hari ini. - Foto Utusan

PUTRAJAYA: Pelaporan statistik kes harian COVID-19 tidak akan dikeluarkan lagi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bermula esok.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata maklumat itu akan dimuat naik bersekali data lain pada jam 10 pagi keesokannya.

"Ini bertujuan kita dapat membaca data kes harian bersama data lain seperti kemasukan ke hospital untuk kita mengurangkan 'fear factor' (kegerunan) kes harian setiap hari.

"Ini adalah perubahan budaya bagi kita, jangan tunggu jam 3 untuk kenyataan media Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan," katanya.

Khairy berkata, bilangan kes harian itu perlu dibaca dengan data lain bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung dengan keadaan semasa.

Beliau berkata, ia secara perlahan mendidik masyarakat untuk berubah daripada hanya melihat kes harian kepada data secara keseluruhan.

Katanya, amalan itu turut dilakukan di negara lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy turut meminta majikan memberi pelepasan pekerja membawa anak mereka mendapatkan vaksin.

Beliau berkata, janji temu itu boleh dilihat melalui aplikasi MySejahtera.

"Ini kita tidak boleh paksa, tapi kita meminta kerjasama daripada majikan untuk memberi kebenaran supaya pekerja membawa akan mendapatkan vaksin COVID-19," katanya.

Selain itu, Khairy turut meminta majikan mengelak mesyuarat, perjumpaan atau urusan dengan pekerja dilakukan secara fizikal sebaliknya disaran mengamalkan bekerja dari rumah (BDR).

Katanya, biarpun KKM yakin negara akan dapat mengharungi gelombang Omicron, tetapi semua pihak perlu memastikan perkembangan kes positif baharu diperlahankan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo