NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kongsi ilmu, cetus inovasi, baiki barangan rosak jadi misi KakiRepair

Tambah Johnson, selain membuat kelas secara dalam talian, pihaknya juga menyediakan van mudah alih untuk menjelajah ke seluruh negara dalam mendidik pelajar mengenai kemahiran membaiki barangan. - AStro AWANI

KUALA LUMPUR: Berkongsi ilmu membaiki barangan rosak di samping memupuk semangat berinovasi dalam kalangan pelajar menerusi sesi bengkel.
Itu pendekatan KakiRepair iaitu gerakan komuniti yang diasaskan sejak tahun 2018 dalam mendidik pelajar-pelajar di seluruh negara berkenaan kemahiran membaiki barangan rosak.
Menurut Pengasasnya, Johnson Lam Hooi Liang, usaha murni itu dijalankan bagi membantu meningkatkan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah.
"Dulu mungkin saya dan anda juga di sekolah, kita ada kelas kemahiran hidup, jadi dalam kelas kita belajar tukang-menukang. Kemahiran ini adalah asas skil penyelesaian masalah.
"Bukan kita nak ajar pelajar jadi tukang baiki (barangan) atau tukang kayu, tetapi dalam proses membaiki, kita akan belajar analisis, membuat kajian, memupuk kreativiti masing-masing dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan juga memupuk semangat pelajar berkolaborasi dengan orang lain," jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Jumaat.
Tambah Johnson, selain membuat kelas secara dalam talian, pihaknya juga menyediakan van mudah alih untuk menjelajah ke seluruh negara dalam mendidik pelajar mengenai kemahiran membaiki barangan.
"Kemahiran jenis ini bukan hanya dalam proses pembikinan dan pembelajaran di sekolah atau universiti, malah di tempat kerja nanti.
"Dekat dua tahun kita buat kelas secara dalam talian disebabkan pandemik. Tahun ini kita teruskan usaha dengan menggunakan platform kami KakiRepair.com.
"Kedua, kami telah lancarkan campervan kami, yang boleh bergerak ke seluruh Malaysia dan dalam campervan kami ada perkakas untuk repair, ada tempat duduk boleh belajar repair sama-sama," jelasnya lagi.
Ujarnya lagi, KakiRepair turut mengajak semua pihak untuk berkolaborasi dengan mereka dalam mewujudkan lebih banyak komuniti yang berupaya membaiki barangan terpakai.
"Kami terus menggalakkan orang berkolaborasi antara satu sama lain. Kami aktifkan komuniti tempatan, dewan orang ramai untuk mengadakan sesi membaiki secara percuma dan penduduk boleh datang bawa benda rosak untuk dibaiki," katanya lagi.
Orang ramai yang berminat boleh melayari laman sesawangan www.kakirepair.com untuk keterangan lanjut.
Sumber | AstroAwani
............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo