NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kata carian Rohana, Astro, Bank Negara, 1MDB ‘meletup’ di Twitter

Empat entiti sedang sohor kini di Twitter ekoran pengakuan menggemparkan oleh bekas Ketua Operasi Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan pembelian rumah di London, dipercayai menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setakat jam 10.30 pagi tadi, “Rohana” mencatatkan lebih 23,000 ciapan manakala “1MDB” menjadi topik lebih 45,000 ciapan.

Dalam tempoh sama, “Astro” dan “Bank Negara” masing-masing merekodkan lebih 180,000 dan 9,000 ciapan.

Rohana merujuk kepada Datuk Rohana Rozhan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd.

Leissner, 52, dalam keterangannya di Mahkamah New York pada 21 Februari lalu memberitahu ada membelikan Rohana sebuah kediaman bernilai AS$10 juta (RM41.9 juta) di London.

Pendedahan itu dibuat selepas pendakwa raya, Drew Rolle bertanyakan sama ada Leissner memberi Rohana sejumlah wang yang diterimanya daripada 1MDB).

Kata Leissner lagi dipetik Agensi, pembelian itu dibuat pada 2013 selepas wanita tersebut mengugut mahu mendedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

“Rohana tidak gembira dengan keputusan saya menamatkan hubungan kami bagi membolehkan saya bersama dengan bakal isteri, Kimora,” katanya merujuk kepada isterinya, Kimora Lee Simmons, yang juga bekas model antarabangsa.

“Rohana tidak gembira dengan keputusan saya menamatkan hubungan kami bagi membolehkan saya bersama dengan bakal isteri, Kimora,” katanya merujuk kepada isterinya, Kimora Lee Simmons, yang juga bekas model antarabangsa.
Leissner ketika ditanya Rolle mengenai hubungannya termasuk bersama Rohana, turut memberitahu hubungan mereka berlanjutan selama 10 tahun sejak 2003.

Selain itu, dia juga memberitahu juri bahawa Goldman Sachs perlu memastikan peluang pekerjaan bagi tiga anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di bank itu sebagai balasan kepada tawaran perniagaan yang lumayan.

Leissner berkata, pada 2009, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng memberitahunya Najib akan datang ke New York untuk melawat anak-anaknya di Amerika Syarikat (AS) sempena cuti hari kesyukuran.

Ketika itu, Jho Low atau nama sebenarnya , berpendapat ia adalah peluang yang baik bagi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Lloyd Blankfein dan Najib bertemu berhubung promosi urus niaga bon.

Dia kemudian memberitahu, Ng memaklumkan Najib mahu anaknya bekerja di Goldman selepas pertemuan dengan Jho Low.

Dedah Leissner lagi, Ng, yang pergi ke New York kemudian, memaklumkan dia sudah bertemu dengan anak-anak Najib sendiri.

Sebelum ini, Ng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah membabitkan 1MDB.

Leissner pada 2018 mengaku bersalah atas tuduhan sama dan bersetuju untuk bekerjasama membantu siasatan kerajaan, lapor Agensi lagi.

Dalam keterangan di Mahkamah New York itu juga, Leissner memberitahu Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pemindahan keluar negara wang sebanyak AS$1 bilion daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI), selepas suami gabenor BNM ketika itu, Zeti Akhtar Aziz disogok supaya ia terlaksana.

Difahamkan, AS$D1 bilion itu termasuk AS$700 juta bagi anak syarikat PSI, Good Star Ltd yang didakwa dikawal oleh ahli perniagaan dikehendaki, Jho Low.

Sumber | MD

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo