NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP selesai umum 14 calon

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (barisan kedua duduk, tengah) bergambar bersama calon DAP ketika Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah Calon DAP di Johor Bahru, hari ini. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: DAP hari ini memperkenalkan semua 14 calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, selepas mengumumkan dua calon terakhir bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling dan Skudai.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, dan Marina Ibrahim, masing-masing diumumkan sebagai calon di Perling dan Skudai.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, melahirkan rasa puas hati dengan barisan calon parti itu yang melalui banyak tapisan dan libat urus, serta diyakini mampu memberi kejayaan buat parti itu dan Pakatan Harapan (PH).

"Kita telah lalui pelbagai tapisan, libat urus dan banyak perjumpaan. Proses yang agak sukar dan sulit tapi akhirnya kita capai muafakat seberapa yang boleh. Yang tidak dipilih akan rasa kekurangan, itu biasa.

"Yang penting, akhirnya kita dapat bersatu untuk pastikan calon kita menang, kerana akhirnya, bukan individu yang bertanding. Simbol dan logo DAP dan PH bertanding, itu yang kena menang," katanya selepas pengumuman itu di sini.

Sebelum ini, DAP memperkenalkan 12 calon membabitkan kerusi di Tangkak, Paloh, Mengkibol, Penggaram, Stulang, Johor Jaya, Bekok, Bentayan, Pekan Nanas, Senai, Yong Peng dan Jementah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor dengan penamaan calon pada Sabtu ini, manakala pengundian awal pada 8 Mac. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo