NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwah mesti merangkumi semua aspek ajaran Islam


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang berkata, dakwah demi menegakkan Islam di negara ini mesti merangkumi seluruh ajaran Islam bukannya hanya menyentuh sebahagian aspek sahaja.


Beliau berkata, peranan itu perlu dimainkan oleh para pendakwah sebagai mana peranan yang dilakukan oleh rasul-rasul untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

"Para ulamak mengatakan menegakkan Islam yang sempurna dan mentadbir urusan dunia dengannya.


"Mentadbir urusan kehidupan manusia yang berkait dengan diri, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan segala-galanya.

"Itulah kesempurnaan Islam. inilah peranan yang dilakukan nabi-nabi dan rasul-rasul..maknanya dakwah mestilah seluruh ajaran Islam. Jangan separuh-separuh ajaran Islam. Mengajak manusia beribadat sahaja. Sembahyang puasa zakat haji..(tapi) kehidupan hanyut, boleh ikut siapa sahaja.

"Mengajak manusia pada Islam yang separuh-separuh tak sempurna. Ini kerja Yahudi yang dilaknat ALLAH SWT," katanya sempena ucapan Ijtima’ Pendakwah Pas pada Sabtu.

Beliau menambah, dakwah yang memilih aspek-aspek tertentu sahaja terpesong daripada tujuan dakwah yang sebenar.

"Kalau dakwa pilih-pilih, terpilih, separuh-separuh, bermakna pendakwah itu sudah terpesong daripada mesej dakwah yang sebenarnya," katanya.

Pada masa sama, ujar beliau, seorang pendakwah mesti bijak dalam mencegah kemungkaran.

"Pendakwah mesti bijak. Mencegah kemungkaran tidak boleh mencetuskan kemungkaran yang lebih besar. Mencegah kemungkaran jangan menyebar fitnah yang lebih besar," katanya.

Sumber | Sinar Harian



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo