NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Semua daerah di Negeri Sembilan zon merah

Kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah COVID-19 (PKRC) dan Stesen Kuarantin (QS) di Negeri Sembilan masih berada pada tahap yang stabil dan mencukupi bagi berdepan gelombang penularan COVID-19. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Kesemua tujuh daerah di Negeri Sembilan kini ditakrif sebagai zon merah COVID-19 kecuali beberapa mukim berada di zon kuning dan jingga.
Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, ia melibatkan 38 mukim yang merekodkan jumlah kes COVID-19 melebihi 41 kes.
"Antara mukim yang terlibat adalah Labu, Ampangan, Rompin, Serting Ilir, Jimah dan Port Dickson. Selain itu, sebanyak lima mukim mencatatkan antara satu hingga 26 kes dikategorikan sebagai zon jingga antaranya Chengkau, Pilin dan Sri Menanti.
"Sebanyak 15 mukim berada di zon kuning antaranya Hulu Klawang, Kenaboi, dan Selemak manakala tiga mukim lagi masih berada di zon hijau (tiada kes) iaitu Legung Ulu, Langkap dan Parit Tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Veerapan berkata, sehingga jam 12 tengah hari Ahad, terdapat 690 kes baharu COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).
"Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 134,082 kes dan jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 sebanyak 1,349.
"Pertambahan 690 kes baharu ini melibatkan dalam negara. Sehingga kini, terdapat penambahan satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Lorong Rashidah Utama di Seremban.
"Ini menjadikan terdapat 32 kluster tempatan yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata, negeri ini merekodkan peningkatan kes baharu COVID-19 yang sangat signifikan dan ia dikenal pasti berpunca daripada pelbagai kluster, kontak rapat dan kes sporadik.
Aminuddin turut memaklumkan kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah COVID-19 (PKRC) dan Stesen Kuarantin (QS) di Negeri Sembilan masih berada pada tahap yang stabil dan mencukupi bagi berdepan gelombang penularan COVID-19.
Artikel asal di Sinar Harian.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo