NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China berjaya pindahkan data 1TB pada jarak 1km dalam 1 saat


China boleh dikatakan antara negara yang menerajui arena telekomunikasi dengan pelbagai pembangunan baharu, termasuk untuk rangkaian 6G akan datang. Selari dengannya, kini sejumlah pengkaji berjaya membuat pemindahan data berjumlah 1 terabait pada jarak lebih 1 kilometer dalam masa hanya satu saat.

Untuk menjayakan perkara ini, mereka menggunakan pusaran gelombang milimeter – salah satu gelombang radio berfrekuensi tinggi. Ia dikatakan mempunyai tiga dimensi – berbeza dengan komunikasi radio masa kini yang hanya mempunyai dua dimensi iaitu muat-naik dan turun sahaja.

Dengan langkah ini, ia membolehkan lebih banyak informasi dihantar pada gelombang komunikasi. Apa pun, untuk menjayakannya, ia memerlukan pemancar pusaran (vortex) khas dalam memastikan gelombang dapat dihantar dalam tiga dimensi.

Selain kelajuan, penggunaan teknologi pemancar baharu ini turut membuka kepada dimensi baharu dengan sejumlah penawaran dan kebolehan baharu.

Pada hari ini, teknologi awal 6G masih pada peringkat pembangunan, dimana selain teknologi pusaran (vortex) ini, teknologi terahertz turut digunakan.

China menyasarkan teknologi ini mungkin digunakan oleh pihak ketenteraan terlebih dahulu sebelum rangkaian 6G dikomersilkan seawal 2030 kelak.

(Sumber : SCMP | Amanz)





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo